Monday, May 20, 2013

~HERE GO, IKAN SENANGIN MASAK ASAM PEDAS!!~

Bukan kebetulan ikan senangin itu ada di dalm peti ais rumah saya, ia adalah hasil tangkapan encik tunang yang sememangnya suka sangat turun ke laut...hurm..sekali jadi  orang laut selamanya orang laut!

Frankly speaking this is my VERY FIRST ATTEMPT, iya...inilah kali pertama saya memasak ikan senangin masak asam pedas!  After encik tunang (yang bagi saya seolah mengugut yang dia akan merajuk kalau saya tak memasak ikan hasil tangkapannya).  Okay laa.....sekarang saya dah masak tau...=)

Oh ya....this is what i called sharing is caring....saya nak kongsi bagaimana cara saya memasak asam pedas ikan senangin ini*  kalaulah dijadikan video saya rasa gaya percakapan saya adalah seperti chef chef yang terror*  PERASANNYA!!

Okay...inilah bahan bahannya ya....

2 ekor ikan senangin-bersihkan dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit
cili kering*
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 batang serai*
sedikit kunyit hidup*
sedikit belacan*
daun kesum
1 tangkai bungan kantan
1 pati kiub ikan bilis
garam secukup rasa
1 mangkuk air asam jawa
minyak untuk menumis
air secukupnya


*
**inilah bahan-bahannya yang sudah saya sekalikan dalam satu pinggan*


Cara-cara memasak( eheheh...kan sudah saya katakan tadi...berlagak chef!!)

1. Kisar bahan bertanda sehingga hancur.  Panaskan minyak dan tunis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.

2. Kemudian masukkan garam dan kiub pati ikan bilis, masukkan juga air asam jawa.  Biarkan seketika dan masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan.


 **seriously, time tgh tunggu waktu nak berbuka puasa....gelembung-gelembung ini sungguh menguja rasa...**


3. Apabila hampir mendidih, renihkan api sederhana dan matikan api..apa lagi..makanlah!!  heheh...



**masin sedikit rupanya..maklumlah tukang masaknya sedang berpuasa.  Nak merasa takut terbatal puasa pulak!**

~DIA DI SANA.....SAYA DI SINI....~*ANTARA LAUT DAN DARAT*

Saya terpanggil untuk menulis tentang perkara ini dengan tujuan mahu melihat kembali tentang perhubungan kami berdua.

Ok, mari kita berbicara tentang PERCAYA.

Kenapa saya menjadikan tajuk entri kali ini seperti di atas Ini adalah kerana, encik tunang dan saya bukanlah seperti pasangan bertunang yang lain. Kami mempunyai masa berjumpa yang amat terhad. Encik tunang saya bekerja di offshore. Certain platform ada network yang bagus dan ini membolehkan kita saling berhubung. contohnya platform di Miri. Tetapi sejak dia transfer ke platform di Bintulu, situasi nya jadi lain sikit. Kalaulah dulu kami berdua masih boleh berbalas sms dan kadang kala berbual melalui telefon namun semua itu tidak dapat dilakukan di platform Bintulu. saya hanya boleh menunggu panggilan daripada encik tunang. No more sesi berbalas mesej. No more calling calling....Uhuhuhuh......saya mau nangis seperti girl di bawah....


Oh ya..apa kaitannya dengan PERCAYA?


Begini.....

Kita mudah terfikir yang bukan-bukan bila bf, tunang atau suami (sebaiknya jangan ragu-ragu dengan suami!) kita lambat reply mesej, lambat call atau tidak call for certain day. Which is sebenarnya ia bukanlah perkara besar pun. Pokok pangkalnya we must know how to deal with the situation.

Dan waktu-waktu sebegini, tika tidak boleh call lama-lama...saling berbalas balas text, hanya kepercayaan yang menjadi essential part dalam hubungan kami berdua.

Saya setkan di dalam kepala, kalau encik tunang tidak reply mesej secepat yang mungkin, lambat call dan sebagainya. Saya tahu tika itu dia memang on with his duty. Saya tahu dia sedang bekerja mencari rezeki. Saya harus selalu berfikiran positif dan alhamdulillah setakat ini, walau sesibuk manapun encik tunang, dia tetap cuba untuk make us in contact dan sikap nya ini sememangnya membuatkan saya rasa dihargai dan terharu.

The bottom line is...bila si dia lewat reply mesej, lambat call dari waktu waktu biasa...janganlah kita nak mengamuk sampai mcm ni...

 *ni memang marah betul nih*

 no,no no....tak boleh...nanti kita end up begini. dan ini tersangat tidak happening!!


Janganlah mudah fikirkan yang bukan-bukan. Mungkin dia sedang sibuk atau memang dia perlukan ruang masa untuk dia selesaikan semua kerjanya. Lelaki ini dia jenis yang boleh fokus pada satu perkara sahaja...bukan mcm kita perempuan ni. multitasking!!( ini betul tau!!  Ini kelebihan kami kaum perempuan!!) Berikanlah dia masa untuk menyelesaikan semua kerja dia.   Dan barulah dia akan reply msg kita dan in shaa Allah..kita pun akan tersenyum begini....=))



Believe me, semakin cepat dia selesaikan kerja dia, maka semakin cepatah dia akan kembali kepada kita. Betul tak? hik hik hik...

Macam Dr. Love pulak saya ni!

****today is 19.05.2013....kami sudah masuk empat bulan bertunang!! Alhamdulillah..=))****

 *got my message dear?* hik hik =)

Thursday, September 13, 2012

TENTANG MUEEZA


Ini merupakan satu kisah tentang kucing RASULULLAH saw yang dinamakan muezza.


Iya, kita tahu RASULULLAH saw ada membela seekor kucing, pernah suatu hari dikala nabi hendak mengambil jubahnya, baginda menyedari yang mueeza sedang terlelap tidur di atas jubahnya. Disebakan tidak mahu menganggu tidur mueeza, nabi pun memotong belahan lengan di mana tempat mueeza tidur tadi.


Apa bila nabi kembali ke rumah, mueeza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya. Sebagai balasan, nabi mengusap lembut ke badan mueeza sebanyak tiga kali sebagai tanda kasih dan sayang beliau. Ketika nabi menerima tetamu ke rumahnya, nabi seringkali mengendong mueeza dan diriba di atas ribanya.

Salah satu sifat mueeza yang digemari RASULULLAH saw adalah mueeza mengiau ketika mendengar azan dan seolah olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Untuk para sahabat, nabi selalu berpesan untuk mengasihi kucing peliharaan sama seperti menyayangi KELUARGA sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al BUKHARI, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak oernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makanan sendiri. Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tidak hanya nabi, isteri baginda sendiri Aisyah bt. Abu Bakar as siddiq pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan di kala kucingnya meninggalkannya.

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberikan gelaran Abu Hurairah ( bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan.

**HAIRAN JUGA DENGAN SESETENGAH DARIPADA KITA YANG SANGGUP MEMBIARKAN KUCING KELAPARAN? ADA YANG SANGGUP MENDERANYA! MALAH ADA YANG SANGGUP MEMBUNUH KUCING!**

Tuesday, September 11, 2012

HILANGLAH SALAH SATU KEBERKATAAN DARI ALLAH.....

Apabila ibu bapa menangis kerana bangga dengan anaknya, maka terpadamlah api neraks yang ingin membakar anaknya itu


Keredhaan ALLAH, terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan ALLAH terletak pada kemarahan ibu bapa


Dan apabila IBU kita menghembuskan nafas terakhir, maka hilanglah sudah satu keberkataan dari ALLAH terhadap kita, iaitu DOA dari IBU terhadap anak anaknya.....




IMAGE COURTESY OF SHUTTERSTOCK

Saturday, September 8, 2012

ADA ORANG.....TAPI?

Ada orang sudah punya kekayaan....tapi masih bakhil

Ada orang sudah punya wajah yang cantik dan sempurna...tapi hatinya masih buruk

Ada orang Allah swt sudah berikan pasangan yang baik...tapi bagi mereka masih juga tidak mencukupi lantas pasangan itu dikecewakan

Ada orang hidupnya sudah punya kesenangan...tapi tidak mahu bersyukur dengan berkongsi rezeki yang ada

Ada orang sudah sempurna kejadiannya....tapi kekal riak tidak mahu menyembah ALLAH swt untuk bersyukur

Kadang kala kita tidak boleh terlalu membiarkan mata dan hati kita melihat yang cantik sahaja, yang senang sahaja, yang indah belaka. Tapi untuk bersyukur....iya, harus melihat susahnya orang lain, kurangnya orang lain, melihat tangis sedih orang lain. Semoga dengan itu kita masih mampu bersyukur dan tetap akan bersyukur.


MASIH SIHAT?
MASIH KUAT?
MASIH CANTIK?
MASIH WARAS?
MASIH KAYA?
MASIH ADA KUASA?
MASIH SENANG?
MASIH BERDUIT?
MASIH GEMBIRA?


Kalau MASIH ada semua itu......BERSYUKURLAH kerana ALLAH swt akan menggandakan lagi rezeki kepada hamba hambaNYA yang bersyukur. InsyaALLAH..



*terima kasih ya RABB di atas nikmatMU yang tidak terhingga ini. Jadikan aku kuat untuk menempuh ujian MU dan berikanlah aku kebaikan MU....amin....*





Friday, September 7, 2012

SEBURUK BURUK PENCURI......


Sabda RASULULLAH SAW yang bermaksud " Seburuk buruk pencuri ialah yang mencuri dalam solat". lantas sahabat bertanya bagaimana mereka mencuri dalam solat. RASULULLAH SAW menjawab, " Mereka yang tidak sempurna RUKUK dan SUJUD" (mereka rukuk dan sujud dengan pantas, tiada TOMA'NINAH) HR Ahmad! At Thabrani dan Ibnu Khuzaimah.


*so...kita mcm mana ya? Semoga amalan yg kita persembahkan buat ALLAH diterima...amin....selamat hari JUMAAT semua...=)*

Wednesday, September 5, 2012

UBAT CEMBURU?

Iya, saya masih menyiapkan tugas yang tidak sudah sambil sambil membaca buku buku ilmiah.



Teringat akan Azni and her fellow friends, they are my students.

Sibuk jugak bergosip each time saya jejakkan kaki ke bilik kuliah atau each time i am giving them 5 minutes break.


Dear, tak usah tension ya. Kerana bila kita niatkan belajar kerana ALLAH SWT memang ada kepayahan kerana ALLAH SWT menjanjikan yang terbaik. Remember surah AL INSYIRAH?


oh ya, saya mahu menyentuh sedikit tentang syukur. Hmm...kalau mahu bercerita tentang syukur memang banyak.


Alhamdulillah, saya tidaklah dibebankan dengan masalah yang besar.


Ada keluarga yang sangat menyayangi saya, ada pekerjaan yang ALHAMDULILLAH mampu memberikan saya rezeki yang masih bisa dikongsikan bersama sama dengan orang orang yang saya sayang, ada sahabat sahabat yang baik dan mengambil berat dan juga pelajar pelajar yang sentiasa menjadi kekuatan untuk saya teus menyebarkan ilmu ALLAH.



Iya, sebetulnya saya teramat perlu bersyukur......


ADA LAGI ORANG YANG TIDAK CUKUP MAKAN
ADA LAGI ORANG YANG SUSAH DARI KITA
ADA LAGI YANG TAK INGAT MATI BAKAL MENJEMPUT BILA BILA MASA
ADA LAGI YANG KURANG HIDAYAH TUHAN
ADA LAGI YANG MASIH BERTUHANKAN DUNIA


Ini hanyalah kata kata peringatan kepada diri sendiri yang selalu alpa dengan nikmat ALLAH yang tidak terbilang.



Allah knows best
DOA is the best weapon. Talk and turn to him and we will never regret.


Menoleh ke belakang, adakah hidup kita lebih baik?
Adakah kita diletakkan di jalan yang benar?
Siapa di sekeliling kita?
BERSYUKURLAH
Kita memang tidak akan dapat apa yang kita mahukan. Sebab ALLAH SWT akan bagi yang LEBIH ISTIMEWA dan tidak terjangkau nikmatnya.



Hurm, saya sangat kagum dengan salah seorang teman yang selalu mengerjakan solat dhuha.

Apa tak malu? Dari menghadap FB, baik menghadap ALLAH!

Inipun sudah meleret sebab ada banyak lagi yang mahu dikongsikan.

*YA ALLAH, janganlah ENGKAU jadikan aku hanya mencariMU tika ku di saat duka*

Terima kasih YA ALLAH di atas segala nikmat yang telah ENGKAU berikan.....syukur alhamdulillah....

~BERSYUKUR SELALU MERUPAKAN UBAT CEMBURU DAN HASAD DENGKI..INSYAALLAH~