Thursday, September 13, 2012
TENTANG MUEEZA
Ini merupakan satu kisah tentang kucing RASULULLAH saw yang dinamakan muezza.
Iya, kita tahu RASULULLAH saw ada membela seekor kucing, pernah suatu hari dikala nabi hendak mengambil jubahnya, baginda menyedari yang mueeza sedang terlelap tidur di atas jubahnya. Disebakan tidak mahu menganggu tidur mueeza, nabi pun memotong belahan lengan di mana tempat mueeza tidur tadi.
Apa bila nabi kembali ke rumah, mueeza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya. Sebagai balasan, nabi mengusap lembut ke badan mueeza sebanyak tiga kali sebagai tanda kasih dan sayang beliau. Ketika nabi menerima tetamu ke rumahnya, nabi seringkali mengendong mueeza dan diriba di atas ribanya.
Salah satu sifat mueeza yang digemari RASULULLAH saw adalah mueeza mengiau ketika mendengar azan dan seolah olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Untuk para sahabat, nabi selalu berpesan untuk mengasihi kucing peliharaan sama seperti menyayangi KELUARGA sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al BUKHARI, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak oernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makanan sendiri. Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.
Tidak hanya nabi, isteri baginda sendiri Aisyah bt. Abu Bakar as siddiq pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan di kala kucingnya meninggalkannya.
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberikan gelaran Abu Hurairah ( bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan.
**HAIRAN JUGA DENGAN SESETENGAH DARIPADA KITA YANG SANGGUP MEMBIARKAN KUCING KELAPARAN? ADA YANG SANGGUP MENDERANYA! MALAH ADA YANG SANGGUP MEMBUNUH KUCING!**
Subscribe to:
Posts (Atom)