Thursday, October 7, 2010

KCH-KL-CGK......=))

juz like a dream bila dalam satu tempoh masa yang singkat aku datang ke jakarta hanya kerana mahu menunaikan sebuah janji...dan inilah minuman kedua yang aku nikmati setelah aku menikmati segelas teh yang teramatlah sedap sehingga ke hari ini aku masih ingat akan aromanya. dan air ini...sungguh aku tidak tahu apakah namanya namun rasanya juga sedap....

memang kalau kita berjalan jauh banyak yang kita akan perolehi dan pelajari. walaupun aku berada di jakarta hanya untuk tempoh yang teramat singkat, iaitu selama tiga hari sahaja..namun ada sesuatu yang berada di jakarta begitu menarik perhatian aku.

aku menaiki bas untuk ke kota jakarta< to be exact aku menetap di jakarta timur sepanjang berada di sana> dan seperti kata kak wawa...'memang patut pun kita menaiki pengangkutan awam. kalau menggunakan kereta maka tiada lah feel sebagai tourist' dan memang itulah kebenarannya dan aku memang enjoyed every moment that i spent in Jakarta.

sesak di jakarta sememangnya sukar hendak aku bayangkan. bayangkan semasa aku mula-mula sampai tu adalah dalam satu jam we stuck in a jam. but then aku sampai juga ke kampung rambutan. tempat di mana aku menetap.... namun bukanlah tentang traffic jam ini yang hendak aku kongsi namun semangat orang-orang di sana untuk meneruskan hidup yang membuatkan aku berasa sangat beruntung menjadi diri aku. kadang-kadang atau mungkin juga selalu, aku seakan lupa dengan apa yang ada pada diriku. untuk dimuhasabahkan dan seterusnya untuk disyukuri.



semasa berada di dalam bas, aku didatangi oleh seorang lelaki yang menjual tisu. mulanya aku tidak mengambil peduli sangat dengan kedatangannya. aku hanya tersenyum dan menggelengkan kepala apabila dia mengunjukkan kan tisu jualannya kepadaku. dalam kesesakan itu perjalanan hendak menuju ke kota agak perlahan dan dalam pergerakan bas yang agak perlahan memang ramai yang mengambil kesempatan untuk menjual barang seperti air minuman, buah, majalah malah ada juga yang bernyanyi di dalam bas! gambar di atas tu adalah gambar yang sempat aku ambil iaitu lelaki tersbut meniup seruling dan menyampaikan sebuah puisi...puisi tentang duit pulak tu! dan seterusnya mereka akan menghulurkan satu bag plastik selesai bagi setiap penumpang bas agar memberikan wang sebagai hasil daripada persembahan mereka. aku memang tidak pernah melihat situasi ini dan tentunya ia adalah sesuatu yang baru. iyalah..kalau hendak melihat orang bernyanyi di khalayak ramai sebegitu..pemadangannya boleh dinikmati di sepanjang central market di kuala lumpur.

seterusnya..setelah membeli sedikit hadiah untuk dibawa pulang..aku menaiki bas juga. and come to my suprise...lantaran bas sudah penuh makanya aku terpaksa berdiri but its okay for me..biasalah....namun entah kenapa tidak lah lama aku berdiri entah daripada dan secara tiba-tiba sahaja seorang anak muda menawarkan tempat duduknya kepadaku.

"neng, sila duduk...."

itulah kata-katanya yang masih aku ingat sehinggalah ke hari ini. malah sebelum itu bukan dia sahaja yang menawarkan tempat duduk kepadaku. namun tempat duduk yang pertama terpaksa aku berikan kepada seorang nenek tua. lagipun aku kesian melihatnya berdiri. tua-tua sebegitu menaiki bas...sesak pulak tu. cepat-cepat aku teringatkan emak aku..alhamdulillah...emakku sejak aku dan izwan bekerja dan alhamdulillah adalah rezeki sedikit buat kami sekeluarga..emak aku sudah tidak menaiki bas lagi. malah dengan rela hatinya kami beradik bersedia menjadi pemandu peribadinya pada bila-bila masa. hehe....

kenapa peristiwa ini sangat terkesan di hati aku? let me tell you something which is really staightforward...aku selalu juga ke kuala lumpur dan di sana aku akan menaiki LRT..bas ada juga..namun aku lebih suka menaiki LRT. kalaulah di malaysia...walau ada sign untuk memeberikan keutamaan tempat duduk sekalipun kepada orang tua, orang kurang upaya atau ibu-ibu mengandung namun sepanjang pemerhatian aku belum lagi aku melihat rakyat Malaysia prihatin dengan semua ini. maaflah namun inilah sikap sesetengah rakyat kita. sensitivitinya agak kurang. malah aku pernah melihat seorang ibu mengandung berdiri dari awal dia masuk ke dalam LRT , sehinggalah dia tiba ke destinasinya..TIDAK ADA SEORANG PUN YANG SUDI MEMBERIKAN TEMPAT DUDUK KEPADANYA. walhal ada beberapa anak muda yang duduk di sebelahnya dan mereka hanya buat endah tak endah sahaja. aku pula..memang sudah sedia berdiri. kalaulah aku duduk tentu sahaja aku memberikan tempat duduk aku kepadanya. aduhai....kadang-kadang perkara yang kecil ini memang boleh melunturkan harga diri kita sebagai manusia. sebab itulah aku suka melancong dan melihat negara orang. melihat kepada cara hidup mereka dan belajar daripadanya....

tanggal 3hb oktober jal 11:30 pagi waktu tempatan (jakarta lewat satu jam dr malaysia> aku berlepas dr lapangan terbang antarabangsa soekarno hatta dan pulang ke KL dan seterusnya ke kuching. walaupun perjalanannya agak singkat namun sekurang-kurangnya aku sudah menunaikan janji untuk menemui seseorang di sana dan aku berdoa kepada Allah agar kami akan dipertemukan lagi...insyaAllah...=))






>>>kalau di jakarta ada LRT...tentu tidak teruk macet nya...heheh...jangan marah orang jakarta =p