selalunya kita sukar hendak bangun dan menunaikan solat subuh. kenapa Allah swt mengkehendakkan kita melaksanakan solat subuh pada waktu dan ketika di mana kita sedang seronok hendak tidur? kerana di keheningan subuh apatah lagi usai azan subuh...kita boleh beribadat dengan tenang..tanpa riuh rendah suasana kebisingan manusia. apatah lagi Allah mahukan kita menyembahnya selepas kita dikembalikan nyawa dr tidur dan sebelum kita melaksanakan kerja-kerja seharian. more than that......untuk mendapatkan kekuatan bagi bangun subuh memerlukan tingkat keikhlasan yang tinggi. aku suka sangat membicarakan tentang nilai keikhlasan semasa sedang menyampaikan ilmu kepada para pelajarku.
kita pergi ke sebuah cerita yang diriwayatkan oleh Bukhari dan muslim sebelum aku membicarakan dengan lebih lanjut lagi tentang keikhlasan.....
Dalam hadis lain Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam bersabda: “Dahulu ada seekor anjing yang berputar-putar mengelilingi perigi, anjing tersebut hampir-hampir mati disebabkan kehausan, kemudian anjing itu dilihat oleh salah seorang pelacur dari bani israil, ia pun mengisi kasutnya dengan air dari perigi dan memberikan minum kepada anjing tersebut, maka Allah pun mengampuni dosanya.” (HR Bukhari Muslim)
subhanaAllah...bayangkan seorang pelacur..yang tentu sahaja pada fikiran kita dia merupakan sejahat-jahat perempuan, sejijik-jijik perempuan dan sehina-hina perempuan..namun dengan keikhlasan dia tadi memberikan minuman kepada anjing yang hampir mati kehausan maka Allh swt mengampunkan dosanya. kadang-kadang perkara yang remeh selalu tidak kita endahkan. kita hanya sibuk mengutamakan perkara yang besar dan penting sahaja.
apa kah kaitannya dengan kehidupan kita sebagai seorang pelajar? lebih-lebih lagi kepada pelajar-pelajar aku yang akan menghadapi peperiksaan akhir tinggal seminggu sahaja dari sekarang. aku seringkali menyatakan kepada pelajarku tidak semua di antara kita ini dilahirkan dengan anugerah serta kepandaian. but above all...kepandaian itu sebenarnya boleh diasah dan dicari. dan satu lagi yang hendak aku nyatakan di sini....KAMI SEBAGAI PENSYARAH, BUKANNYA BERLUMBA-LUMBA DAN BANGGA HENDAK MENGAJAR PELAJAR-PELAJAR YANG SUDAH SEDIA PANDAI. NAMUN KEPUASAN HAKIKI KAMI SEBAGAI PENGAJAR ADALAH MENGAJAR PELAJAR YANG LEMAH DAN MENJADIKAN DIA FAHAM DAN PANDAI..ITULAH KEPUASAN SEBENARNYA...FOR THAT KIND OF SATISFACTION..MONEY CAN'T BUY AT ALL!
dan untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan (untuk kesan jangka pendek) pelajar haruslah ikhlas dengan ilmu yang dipelajari. tentu sekali kita tidak boleh memaksa diri kita untuk menjadi sepandai rakan-rakan kita yang lain. namun dengan keikhlasan dan selalu memohon pentunjuk dr Allah swt insyaAllah kita akan mendapat keberkatan daripada ilmu yang kita pelajari. memang benar...mengusahakan sesuatu yang baik terutama dalam menuntut ilmu memang banyak cabaran dan dugaannya. sebab itulah aku seringkali menekankan tentang keikhlasan. bila sudah ikhlas maka hati kita akan tenang melaksanakan sesuatu. tanpa perlu dipaksa-paksa tanpa perlu merasa terbeban...
janganlah mudah berputus asa..sebaliknya tenangkanlah diri dengan meminta pertolongan dan petunjuk daripada Allah swt..kerana hanya pada Dia lah tempat kita bergantung dan pada Allah swt tempat sebaik-baik penggantungan. dan dengan niat yang ikhlas walaupun utnuk perkara kecil tidak mustahil Allah swt membalasanya dengan balasan yang langsung tidak kita duga...bukankah kisah pelacur dan anjing tadi sudah membuktikannya?
akhir kalam..semoga berjaya buat para pelajarku.....ingat, keikhlasan itu adalah nadi kepada segala kerja yang hendak kita usahakan...=))