Sukar untuk saya memulakan tulisan lantaran saya sendiri tidak sedar bagaimana ia bermula di antara saya dengan lelaki yang sudah bergelar tunang kepada saya kini. Dan saya juga tidak menyangka bahawa dia yang akan memiliki sekeping hati milik saya.
Dia pernah meminta saya untuk menulis tentang kami berdua dalam bentuk cerita pendek namun sungguh sehingga ke saat ini saya tidak mampu untuk menulis mengenainya. Tidak tahu kenapa? =)
Namun sebenarnya, jauh di sudut hati saya, niat untuk menulis tentang kisah kami memang sentiasa ada. Idea itu sentiasa ada dalam fikiran cuma saya merasakan belum tersusun kata dan ayat untuk menyempurnakannya menjadi sebuah cerita.
Dan ketetapan dari ALLAH SWT, pada tarikh seperti yang telah tercatat saya akan memulakan kisah kami, dua insan yang masing masing pernah kecewa dan saling mengubati kekecewaan sepertimana yang sudah ditakdirkan oleh ALLAH SWT.
Buat encik tunang...inilah kisah kita...... =)
Saya tidak boleh mengingati dengan spesifik bagaimana saya dan encik tunang jatuh cinta. Atau lebih tepat lagi saat dia propose saya menjadi girlfriendnya.
Kami berdua menyedarinya hadir begitu sahaja, sangat simple!
Semuanya bermula dalam bulan oktober. Ya, saya rasa itulah masa yang tepat untuk kami mula kenal. sebelum itu dia sudah pun mulai hadir ke dalam hidup saya yang pada masa itu kecewa.
Hati saya di kala itu kosong lantaran ditinggalkan tanpa sebab oleh bekas kekasih. Sudahlah dia memutuskan hubungan kami berdua pada hari raya ketiga. Saya sendiri hairan kenapa tibat-tiba dia berubah, bila jadi begitu saya terus bingung, tidak tentu arah. Saya menangis di hari raya! Iya, hari yang sepatutnya saya gembira bersama dengan keluarga dan rakan-rakan. Saya menangis, tidak makan, termenung. Berat badan turun di hari raya di mana sepatutnya saya makan dengan banyak dan senyuman teramat sukar untuk saya ukirkan. Namun, ada sesuatu yang saya sedar, semasa saya menghadapi musibah itu saya mulai mencari Allah swt. Saya sebenarnya seorang yang jarang mengaji dan sejak putus cinta saya tidak tinggal membaca surah yassin. Saya boleh bangun untuk solat tahajjud, saya menangis meminta daripada Allah swt agar diberikan kekuatan, ketenangan dan dipermudahkan semua urusan saya.
Pada waktu itu saya cuma berharap agar Allah swt memberikan saya penawar hati berupa ketenangan dan kelapangan dada dan saya akui kadang-kala hati saya masih terusik dengan perbuatan bekas kekasih.
Berbalik kepada Encik Tunang, iya....ternyata Allah swt telah mengatur sesuatu buat kami berdua.
Saya ingat dengan jelas kami mula berbalas bicara gara-gara sekeping gambar yang saya upload di FB. Saya memang menyedari selami ini dia seringkali LIKE gambar-gambar yang saya upload. Namun sebelum itu tiada langsung perbualan yang wujud di antara kami berdua yang mana akhirnya gerak hati saya meyakinkan yang tidak rugi untuk saya memulakan langkah dan tika itu saya tidak mempunyai apa-apa niat yang tersembunyi.
Saya memberanikan diri untuk 'menconteng' dinding FB Encik Tunang. Saya ingat lagi, tulisan saya berbunyi begini.
"Mun kitak dah beli S3, bolehlah berik ngan kmk. bday kmk next week jak." (kalau awak dh beli S3, bolehlah bagi kat saya, bday saya next week je)
Ya, saya saja-saja berlagak berani dan cool dengan menulis begitu sedangkan di dalam hati saya risau juga kalau-kalau tidak dilayan! Memang malu besar saya dibuatnya kalau jadi begitu. Namun dia membalas juga walaupun jawapannya agak simple dan itulah permulaannya.
Begitulah seterusnya, saya dan dia berbalas chat di FB. Sangka saya dia akan meminta nombor telefon saya namun dia tidak berbuat demikian sehinggalah pada satu hari selepas beberapa hari kami saling chat lewat FB akhirnya dia meminta juga num hp saya. Saya sememangnya agak keberatan hendak memberi kerana saya tidak mahu kalau-kalau dia datang ke dalam hidup saya yang pada ketika itu kosong dan saya malas mahu mengeharapkan apa-apa.
Namun hati saya pula berdegil, instead of giving him my number, saya pula bertindak meminta nombornya dan akhirnya selang beberapa hati saya cuba untuk menghubunginya dengan menghantarkan sms.
Tunang saya bertugas di dalam bidang petroleum dan dia, semasa kami mula berbalas sms sedang bertugas di laut dan akan kembali ke Kuching untuk off day selama dua minggu. Dan di sini, sekali lagi saya membuat satu ketentuan pada diri sendiri yang saya tidak bercadang untuk bertemu dengannya namun berlainan pula dengan kata-kata kammi berdua semasa ber sms. Kami berdua seakan merancang satu pertemuan. Hehe, tika itu saya merasakan bahawa apa yang saya ucapkan tidak selari dengan apa yang saya mahu. (?!)
Tanggal 21.10.12, mana mungkin saya melupakan tarikh ini! Iya, dia mengajak saya untuk berjumpa. Saya terus menjadi gugup, iya betul! Saya umpama gadis belasan tahun yang baru pertama kali keluar dating. Saya ingat lagi waktu itu saya meminta En. Tunang untuk datang mengambil saya .Jauh di sudut hati saya berharap agar dia membatalkan saja niatnya untuk bertemu dengan saya. Hendak dipendekkan cerita, akhirnya kami keluar juga berdua. Dan kali pertama, aduh! Saya sesungguhnya benci menjadi nervous! Mujurlah saya mampu mengawalnya dengan baik! Hehehe....saya menyangkakan itu pertemuan yang pertama dan terakhir, namun pada keesokkan harinya saya tidak menduga yang kami akan keluar lagi! Hurm...iya, jauh di sudut hati saya merasakan ada sesuatu. Saya tidaklah mulai suka atau jatuh cinta. Mustahil sepantas itu. Namun saya akui yang saya senang bersama dengannya. Iya, tika itu dia banyak menenangkan saya. Saya dikecewakan dan saya perlukan kawan dan Allah swt hadirkan dirinya. dia juga sedang kecewa dan kami berkongsi perasaan yang sama dan saling menenangkan di antara satu sama lain.
Saya menjadi terlalu sensitif kerana tanggal 25.10.12 merupakan hari lahir saya dan perasaan saya seakan kosong. Sementelah saya jauh dari keluarga. Dan mujurlah En. Tunang ada, dia sedang off day dan dialah yang menemani saya...=))
24.10.12......
Iya, kami masih keluar makan bersama dan dia setia menemani saya. Ada suprise buat saya, sebelum En. Tunang kembali ke Kuching saya ada menunjukkan kepadanya tentang Al Quran pelangi.
Saya sememangnya ingin memiliki AL Quran tersebut namun malangnya Al Quran itu tidak dipasarkan di sini. Namun entah bagaimana, takdir Allah swt itu teramat indah, sedang kami berada di sebuah kedai buku Kami akhirnya menemui Al Quran ini. Ia tidaklah sepenuhnya seperti Al Quran pelangi yang saya kehendaki namun ciri-cirinya hampir sama dan inilah satu-satunya stok yang ada di kedai itu dan En. Tunang membelikannya untuk saya dan inilah kali pertama dalam hidup saya seorang lelaki menghadiahkan Al Quran kepada saya menjelang hari lahir saya! Iya....saya akui saya sudah mulai menyukai dirinya...=)
**saw this and i am falling in love at the first sight!**
**inside so called Al quran pelangi =)**
Saya sememangnya ingin memiliki AL Quran tersebut namun malangnya Al Quran itu tidak dipasarkan di sini. Namun entah bagaimana, takdir Allah swt itu teramat indah, sedang kami berada di sebuah kedai buku Kami akhirnya menemui Al Quran ini. Ia tidaklah sepenuhnya seperti Al Quran pelangi yang saya kehendaki namun ciri-cirinya hampir sama dan inilah satu-satunya stok yang ada di kedai itu dan En. Tunang membelikannya untuk saya dan inilah kali pertama dalam hidup saya seorang lelaki menghadiahkan Al Quran kepada saya menjelang hari lahir saya! Iya....saya akui saya sudah mulai menyukai dirinya...=)
Dia menemani saya, dari makan tengahari sehinggalah ke makan malam. Dan di saat saya sudah berumur 30 tahun inilah kali pertama seorang lelaki berstatus kawan menemani saya. Dia membuatkan saya rasa terharu. di dalam hati saya terdetik, iya...saya sudah kecewa dua bulan yang lalu dan kini Allah swt memberikan 'hadiah' yang membuatkan saya kembali bersemangat, tersenyum dan segera saya teringat akan kesemua doa-doa yang pernah saya pinta daripada Allah swt. Iya, sesungguhnya saya berasa amat bersyukur dan saya juga merasakan teramat rugi kerana saya sebelum ini agak lewat memohon pertolongan daripada Allah swt. Dan kehadiran lelaki ini sememangnya membuatkan hati saya merasa sangat gembira.
Sejujurnya saya tidak membayangkan bahawa selepas kecewa saya akan membukakan hati saya semula untuk menerima cinta. Saya takut sebenarnya, takut dikecewakan sekali lagi. Tetapi saya sentiasa menyerahkan segala-galanya kepada Allah swt, tentang diri saya, tentang perasaan saya malah tentang kesemuanya ia milik Allah swt. Saya hanya mampu bertawakkal dan ternyata tidak ada satu pun kerugian jika kita bergantung sepenuhnya kepada Allah swt. Itu keyakinan yang saya pegang.
Tanggal 26.10.12 merupakan Hari Raya Aidiladha. Keluarga saya datang untuk berhari raya dan adik saya yang sedang menuntut di Uitm Shah Alam balik untuk bercuti. Seperti biasa sekembalinya adik saya memang sayalah yang akan datang menjemputnya di airport. Bila di kira-kira, kedatangan adik saya adalah hampir sama dengan ketibaan keluarga saya.
Saya ada memberitahu En Tunang berkenaan kedatangan ahli keluarga saya dan dia faham serta dia akan meminta diri awal supaya saya boleh spent time dengan family.
Dan sekali lagi, Allah swt telah mentakdirkan sesuatu buat kami berdua. =)
Flight adik saya tiba awal daripada yang telah dijadualkan dan saya tidak sempat hendak menghantar En Tunang balik. Oh ya, kami berdua berkongsi menggunakan sebuah kereta sahaja. Maka mahu tidak mahu dia terpaksa mengikut saya. Saya sudah maklum tentunyakedua mak dan ayah saya akan bertanya siapakah gerangan lelaki ini nanti yang mana memang saya sudah bersedia dengan jawapannya. Di airport, sepertimana jangkaan saya tadi pertanyaan diajukan dan saya menjawabnya.
Saya risau juga kalau En Tunang rasa tidak selesa bila berada di dalam crowd family saya yang ternyata teramat kecoh. Namun Alhamdulillah dia boleh mengendalikannya dengan baik.
Satu kenyataan yang keluar dari mulut saya menyebabkan keadaan berubah. Saya membeitahu ayah bahawa mak En Tunang saya berasal dari kampung yang sama dengannya. So apa lagi...bermulalah perbualan yang seronok. Ayah saya tidak henti berbual, bertanya itu dan ini dan tentu sekali ada di antaranya yang saya langsung tak tahu butir bicara mereka. Namun yang pasti, ayah saya seakan suka dengan En Tunang saya itu. Hehehe...saya mengukirkan senyuman kerana iinilah kali pertama ini saya merasa sangat tenang. di dalam hati saya tidak henti-henti mengucapkan syukur kepada Allah swt.
Ada satu perasaan yang teramat sukar saya ungkapkan apabila saya putuskan untuk menerima kehadiran En tunang. Ia tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, tidak juga dapat dituliskan dengan apa bentuk tulisan. Hanya saya yang boleh merasakannya dan saya berdoa kepada Allah agar En Tunang juga merasakan apa yang saya rasa. Insya Allah...
Saya juga berdoa, di kala dia berpeluang membaca apa yang saya tulis ini.
I love you so much.
I miss your smile, I miss every little thing about you so much and always
thank you for come into my life, for all the joy, for all the happy tears
for all the time that you spent with me. May Allah swt bless you all the way.
Insya Allah and amin.
Ya Allah...lindungilah dirinya dan berikanlah keberkatanMu walau di manapun dia berada..amin..=)
**singnificantnya buku ini yang kami berdua panggil 'buku pusak' pusak is referring to cat in bahasa melayu sarawak adalah kata-kata pesanan saya buat dia each time dia turun ke laut**
**singnificantnya buku ini yang kami berdua panggil 'buku pusak' pusak is referring to cat in bahasa melayu sarawak adalah kata-kata pesanan saya buat dia each time dia turun ke laut**
**i used to look at this when he is not around.....cheh...jiwang!! bluekkkkkk!!**
OMG!!! baca sambil bergenang air mata!!!
ReplyDeletekakak u are so suwettttt!!!!!!
sepak sepak sepak (sebab geram dengan ke'suweettt'an ituu)
Ooo dearie.....jgn laa sepak sepak I..kang tak boleh nk meluah perasaan lagi nanti...hahaha...menangis? ouch...i am touched!! Tq darl!!
Delete