Monday, September 3, 2012

IKHLASKAN LAH.....LEPASKAN LAH.....

Rasa putus cinta memang memeritkan, apa tidaknya, orang yang kita harapkan menjadi pendamping setia, menganyam janji untuk sehidup semati, susah senang bersama dan akhirnya dia juga yang memutuskan hubungan itu. Ya ALLAH, sakit dan sengsaranya hanya kita dan ALLAH SWT yang tahu. Buat apa pun tidak menentu, hati pilu, sakit hati dan sengsara. Saya tidak menafikan, frust bercinta memang satu dugaan yang berat. Apatah lagi kalau kita tidak tahu bagaimana cara untuk handle rasa kecewa itu. Barangkali kalau diukur tahap stress yang dihadapi, tidak mustahil ia menduduki ranking yang tertinggi. Kalau tidak, masakan ada yang sanggup mencederakan diri malah ada juga yang sanggup membunuh gara gara tidak dapat menerima hakikat yang hubungan tersebut sudahpun berakhir. Lantaran itu, pada pandangan saya, kesan stress putus cinta tidak boleh dipandangan ringan. Harus diberikan rawatan segera. Maka saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit tips dan kaedah yang mungkin boleh dijadikan panduan bagi menolong diri kita atau rakan rakan yang sedang frust.







JANGAN MEMAKSA DIRI UNTUK TERUS MELUPAKAN Biasanya apabila seseorang putus cinta, perkara utama yang difikirkan adalah untuk melupakan bekas kekasihnya itu. Namun tahukah anda semakin anda cuba untuk melupakan semakin anda akan mengingati dirinya. Hakikatnya, kita tidak mungkin dapat melupakan seseorang yang kita kenal dalam hidup anda dengan mudah apatah lagi sekiranya dia yang pernah kita sayang satu ketika dulu. Apa yang perlu anda lakukan, bukanlah MELUPAKAN tapi MEMUDARKAN! Pudarkanlah dirinya dari hati dan minda kita. Jadikan dirinya TIDAK LAGI MENARIK pada kita. Matlamat kita adalah untuk menukarkan perasaan sayang, rindu dan cinta yang kita ada kepada perasaan yang lain. Ingat, selagi anda ada menyimpan perasaan sayang walaupun sedikit, selagi itulah hidup nda akan dibelenggu sengsa
ra.
























MAAFKANLAH, IKHLASKANLAH Ya, tidak saya nafikan bahawa tidak semua di antara kita mudah memberikan kemaafan. Pernah kan anda mendengar ungkapan ' sukarnya memberi maaf' ? Saya akui, bukanlah mudah lantaran hati sudah disakiti, maka yang bersisa adalah amarah dan dendam. Namun percayalah, walaupun kelihatan terlalu mudah dan ringkas. Namun cara inimempunyai kesan yang mendalam yang mampu merawat luka perasaan. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah sekeping hati bersama perasaan redha dan pasrah. Ikhlas bermaksud TANPA MENGHARAPKAN BALASAN. Ikhlaskanlah perasaan rindu, kasih dan cinta anda kepadanya. Ikhlaskanlah segala pengorbanan yang telah anda lakukan untuk dirinya. Ikhlaskanlah. Biarkan dia pergi. Lepaskanlah dia dari hati dan perasaan anda. Anda tidak mengharapkan apapun darinya. Ikhlaskanlah apa yang berlaku dalam hidup anda sekarang. Ikhlaskanlah segala apa yang anda rasakan sekarang ini. Sebutkan dengan perlahan dan ikhlas..... ' YA ALLAH, ya TUHANKU...mulai saat ini, aku ikhlaskan segala rasa rinduku, cintaku dan rasa kasihku pada dirinya. Aku ikhlaskan pemergiannya, ya ALLAH, aku ikhlaskan segala apa yang berlaku.' Ya....tentu sekali anda boleh menciptakan ayat anda sendiri yang menggambarkan bahawa anda benar benar ikhlaskan perasaan anda pada dirinya. Selesai sahaja anda melafazkan ayat ikhlas anda, senyumlah sambil menahan nafas lembut, tahan dan lepaskanlah dengan perlahan nafas sambil berkata ' AKU IKHLAS YA ALLAH' * segala apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Bukakanlah hati anda. Saya juga seperti anda, PERNAH KECEWA, namun saya harus meletakkan diri saya sebagai hamba ALLAH yang mana hidup saya sudah pun ditentukan olehNYA. Bukakanlah hati, sesungguhnya akan ada insan yang lebih baik yang akan ALLAH SWT kirimkan kepada kita nnt. InsyaALLAH.....

No comments:

Post a Comment