10 safar 1432
kedengaran sayup-sayup azan subuh bertingkah dengan bunyi hujan yang turun semenjak dari lewat petang semalam. iya, memang sekarang sedang musim hujan. namun itulah dia, hujan yang turun seringkali dinyatakan sebagai satu rahmat. aku setuju dengan kata-kata itu kerana semasa hujan, banyak sangat perkara yang aku fikirkan dan apatah lagi semasa hujan itulah keinginanku untuk menulis di sini semakin menjadi-jadi. dan semasa hujan juga aku banyak mengenang semula apa sahaja yang sudah aku lakukan di sepanjang hidup aku.
ya Allah....sejak akhir-akhir ini aku lupa untuk mendalami semula diri aku sendiri. banyak terlupa daripada teringat. mujur juga aku tidak terus leka dari mengingatiMu, Ya Allah...menyorot segala apa yang sudah dan telah aku lakukan, masih tidak terlambat sekiranya aku mengucapkan syukur kerana masih diberikan peluang untuk memperbetulkan diri aku yang tentu sahaja tidak sempurna. tentu sahaja banyak keburukan dari sisi kebaikan.
sempat menonton rancangan pagi MHI yang seringkali menyajikan berita muka depan akhbar tempatan membuatkan aku seringkali dibekalkan dengan berita-berita semasa. dan sebagai seorang islam, amat perlu untuk kita mengisi diri kita dengan berita-berita semasa. dengan adanya tekboligi canggih apath lagi maklumat pada hari ini boleh diperolehi di hujung jari sahaja namun aku masih lagi setia membaca akhbar konvensional < jika frasa nya salah..aku mohon diperbetulkan>
tetapi kata-kata salah seorang perantara rancangan itu, betul-betul menggerakkan aku untuk memanjangkan topik itu di sini. rakannya mengucapakan 'happy belated' birthday kepadanya. dan tanpa ragu-ragu dia menyatakan bahawa pada tahun ini dia sudahpun berumur 34 tahun. dan aku tersenyum cuma apabila mendengar angka yang disebutnya. kerana sesungguhnya dia tidaklah nampak seperti orang yang berumur 34 tahun. mungkin kerana susuk badannya yang kecil lagi pula berkat dia selalu tersenyum barangkali membuatkan dia kelihatan beberapa tahun lebih muda daripada umurnya.
'Orang sekarang tak ramai yang mahu menyatakan umurnya secara tepat. kebanyakkannya mahu berahsia tentang umur.' tersenyum aku mendengarnya. iya..umur memang sesuatu yang sensitif namun bagi aku dengan angka yang semakin bertambah itu membuatkan kita menyedari bahawa jangka masa kita di dunia ini semakin singkat dan berkurang dari hari- ke hari dan dari tahun ke tahun. tiada apa yang istimewanya pada sebuah angka melainkan iya semakin bertambah dan ini menandakan yang kita haruslah memperbaiki lagi amalan kita dengan Allah di samping mendekatkan diri kepadaNya. semoga Allah swt terus memberkati kita semua....amin....
p/s: umur aku pula sudah menganjak ke angka 29 pada tahun ini....alhamdulillah dalam mengira angka ini, aku masih diberikan peluang untuk mengingati Allah...semoga aku mencapai lebih banyak lagi kejayaan dan semakin memdekatkan diri kepada Allah swt dan menjadi seorang muslimah yang diredhaiNya. amin...=))