Ok, mari kita berbicara tentang PERCAYA.
Kenapa saya menjadikan tajuk entri kali ini seperti di atas Ini adalah kerana, encik tunang dan saya bukanlah seperti pasangan bertunang yang lain. Kami mempunyai masa berjumpa yang amat terhad. Encik tunang saya bekerja di offshore. Certain platform ada network yang bagus dan ini membolehkan kita saling berhubung. contohnya platform di Miri. Tetapi sejak dia transfer ke platform di Bintulu, situasi nya jadi lain sikit. Kalaulah dulu kami berdua masih boleh berbalas sms dan kadang kala berbual melalui telefon namun semua itu tidak dapat dilakukan di platform Bintulu. saya hanya boleh menunggu panggilan daripada encik tunang. No more sesi berbalas mesej. No more calling calling....Uhuhuhuh......saya mau nangis seperti girl di bawah....
Oh ya..apa kaitannya dengan PERCAYA?
Begini.....
Kita mudah terfikir yang bukan-bukan bila bf, tunang atau suami (sebaiknya jangan ragu-ragu dengan suami!) kita lambat reply mesej, lambat call atau tidak call for certain day. Which is sebenarnya ia bukanlah perkara besar pun. Pokok pangkalnya we must know how to deal with the situation.
Dan waktu-waktu sebegini, tika tidak boleh call lama-lama...saling berbalas balas text, hanya kepercayaan yang menjadi essential part dalam hubungan kami berdua.
Saya setkan di dalam kepala, kalau encik tunang tidak reply mesej secepat yang mungkin, lambat call dan sebagainya. Saya tahu tika itu dia memang on with his duty. Saya tahu dia sedang bekerja mencari rezeki. Saya harus selalu berfikiran positif dan alhamdulillah setakat ini, walau sesibuk manapun encik tunang, dia tetap cuba untuk make us in contact dan sikap nya ini sememangnya membuatkan saya rasa dihargai dan terharu.
The bottom line is...bila si dia lewat reply mesej, lambat call dari waktu waktu biasa...janganlah kita nak mengamuk sampai mcm ni...
*ni memang marah betul nih*
no,no no....tak boleh...nanti kita end up begini. dan ini tersangat tidak happening!!
Janganlah mudah fikirkan yang bukan-bukan. Mungkin dia sedang sibuk atau memang dia perlukan ruang masa untuk dia selesaikan semua kerjanya. Lelaki ini dia jenis yang boleh fokus pada satu perkara sahaja...bukan mcm kita perempuan ni. multitasking!!( ini betul tau!! Ini kelebihan kami kaum perempuan!!) Berikanlah dia masa untuk menyelesaikan semua kerja dia. Dan barulah dia akan reply msg kita dan in shaa Allah..kita pun akan tersenyum begini....=))
Believe me, semakin cepat dia selesaikan kerja dia, maka semakin cepatah dia akan kembali kepada kita. Betul tak? hik hik hik...
Macam Dr. Love pulak saya ni!
****today is 19.05.2013....kami sudah masuk empat bulan bertunang!! Alhamdulillah..=))****
*got my message dear?* hik hik =)
No comments:
Post a Comment