Wednesday, June 20, 2012

MARI BELAJAR BAHASA IBAN pt2 Nadai = tiada Bisi = ada Mayau = kucing Pedis = sakit Lelengau = rindu Sayau = sayang Nuan = awak Bajik = cantik Bup = buku Bayat = samseng Sebaka = sama * okay..since beberapa tahun yang lepas saya ada membuat entri berkenaan dgn bahasa iban. Kenapa tiba tiba mahu membuat entri ini semula? ini kerana, sedikit sebanyak hidup saya berkisar tentang iban. Well..ada beberapa istilah iban seperti 'kelebat' yang sebenarnya bermaksud CULVERT. Hahaha....jgn main main..saya pernah mendengar istilah ini dituturkan oleh seorang nenek di rumah panjang. InsyaALLAH, nnt nnt saya akan sertakan entri yang baru berkenaan bahasa iban dan mungkin bahasa bahasa lain di sarawak. Happy learning...=))

Thursday, April 19, 2012

ColorBlock* TAKE YOUR HIJAB ON, LADIES!

They are cute and awesome isn't it? Feel arkward for the first time you read it? Not anymore....sebabnya kali ini saya akan terangkan mengenai color block yang menjadi trend buat masa sekarang. And this entry is specially for hijabers out there. Well, this fashion which is colorblock adalah ilham daripada FALL 2011 fashion. jom kita tgk apakah yang dimaksudkan dengan Color Block ini.....




COLOR BLOCK-SENI MENGGABUNGKAN WARNA WARNA KONTRA SAMA ADA PADA PAKAIAN DAN JUGA HIJAB


Jom kita tgk dan dapatkan ilham lagi....

Sekarang, jangan takut dan rasa segan jika hendak berfesyen dengan warna warna kontra dan terang sebab today inilah yang dikatakan fesyen yang IN!!





SMILE.....it's sunnah! Hehe.....



Part from that, you can also add up some of the colorblock accessories on your outfits. Maybe these accessories might give you a little help...












So darls...have fun with the colorblock!!


Regards: DIANA ANNA

Wednesday, April 18, 2012

BIJAK + CANTIK = PAKEJ!


Kenal dengan dia kan? Mustahil tak kenal dengan Neelofa ni. Well for those yang belum terlalu kenal..let me introduce. Neelofa has been everyone's favourite eversince she appreared in the local pegeant DEWI REMAJA. With stunningly good looks, her stars are definately blinking. Neelofa is currently the hottest supermodel in Malaysia and she is only in her early 20's. She has very beautiful set of eyes, nose, teeth and long flowy hair. It's a natural beauty from Malaysia! But above all...apa relevannya dgn apa yg telah menjadi tajuk di atas? Neelofa is also straight A's student during SPM. Frankly speaking i adore her so much. Dah lah cantik..pandai pulak tu dan dia juga adalah businesswoman yang berjaya dalam perniagaan kasutnya...so gifted isn't she?

Okay...this is the website related to her business, www.neelofaheels.blogspot.com


Now...the most controvesial one....Nur Amalina Che Bakri.

Hehhe...pada aku hal kontroversi dia yg dulu ini tidak perlulah di remehkan sangat. resmi orang kita kan..suka sangat mencari kesalahan orang. But for me..she is a fashionista. Kalau hendak dibandingkan dengan Neelofa memang dari segi cantik dia 'kalah' tapi bukankah cantik tu subjektif dan sebenarnya yang menyebabkan dia kelihatan elegan dan cantik adalah KEYAKINAN dia! Agak stylo dan tersangat bijak. Kerana menurut pensyarah dan juga professor penyelia dia, mereka sendiri menyatakan bahawa Nur Amalina merupakan brilliant student di universiti dan mereka memang mahu meneruskan lagi kerjasama untuk menjalan kerja kerja penyelidikan mereka di masa akan datang. Even kawan kawannya yang serumah dengan dia pun menyatakan yang Nur Amalina ni memang jenis yang studious. Hairan jugak laa dengan manusia manusia dengki yang menyatakan yang dia ni fail satu ketika dulu. kalaulah betul pun fail takkan lah BANK NEGARA MALAYSIA yang memberikan biasiswa kepada nya tidak memantau pelajaran Nur Amalina? Fikir fikirkan lah sebelum mengeluarkan statement tu..

Namun sebenarnya, cantik dan pandai ini anugerah ALLAH SWT.....gunakanlah apa yang ALLAH SWT berikan itu sebaik mungkin. Seperti mana yang selalu aku pesan buat pelajar pelajar aku. Pandai memang tuhan yang bagi, namun kepandaian juga boleh diasah dan yang penting kita tidak boleh berputus asa.

p.s: tiba tiba teringat dengan model untuk perfume simply siti yang namanya leuney dan dia pernah digossipkan dengan penjaga gol glamour negara khairul fahmi che mat..hurm, anyone knws her academic background? She is also stunning and a businesswoman at her young age!

Somehow EVERYBODY IS SPECIAL AND PRETTY THEIR OWN WAY.....=)

Monday, December 5, 2011

ADAKAH PELUANG KEDUA?

Sudah lama tidak menulis, dan alhamdulillah ada juga kesempatan diberikan ALLAH SWT. Ada apa dengan tajuk yang aku utarakan kali ini? Terbaca sesuatu yang tertulis di wall seseorang....menyatakan yang dia tidak mahu wanita yang tidak suci lagi untuk dijadikan pasangan hidup....dada menarik satu nafas yang panjang.....kadang kala subjek ini terlalu taboo, dan untuk bait bait ayat yang seterusnya, bacalah dengan HATI YANG TERBUKA, BUKAN DENGAN EMOSI SEMATA....namun inilah yang ingin aku utarakan...ingin aku highlightkan..siapa kita untuk menolak ketentuan ALLAH....iya....memang wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik....itu adakah janji ALLAH......namun bagaimana kalau ALLAH mahu menduga kaum lelaki? Dipertemukan dengan wanita yang sudah tidak suci namun dia sudahpun bertaubat?

Wanita, dijadikan untuk dilindungi...resminya adalah makhluk yang lemah...mudah terbuai dengan kata kata manis lelaki, hatinya lembut...dan itulah wanita. Dan dalam dunia yang serba mencabar ini memang banyak juga godaan yang mendatang untuk wanita.

Berbalik kepada kes wanita tidak suci tadi....di sini...janganlah dihukum mereka.....aku pernah berbicara dengan rakan rakan lelaki aku yang aku kira boleh dipercayai untuk diajak berbual perkara begini....tentang WHAT IF....mereka jatuh hati..jatuh sayang dan ingin MEMPERISTERIKAN wanita seperti....well...cinta itu memang membutakan mata..namun dengan 7 akal yang sudah diberikan (walaupun tidak semua) ada di antara lelaki yang masih mahu menerima wanita seperti ini. bila aku minta sebabnya..ini jawapan mereka.....DIANA, YANG LEPAS TU LEPASLAH, MEMANG KALAU DIIKUTKAN LELAKI MACAM KAMI NI MAHU YANG SEGAR, YANG BARU.....NAMUN INI SOAL HATI.....RAHSIA ANTARA ALLAH DAN KAMI......

Semasa menulis entri ini juga, aku terkenang akan seorang lelaki yang tulus dalam mengejar cintanya. Hatinya terpaut kepada seorang wanita dan kebetulan aku juga kenal , dari zaman ligatnya sehinggalah ke tempoh hijrahnya mengenal ALLAH, lelaki itu mahu merebut cintanya namun mungkin dia sedar akan dosa masa lalunya maka dia menolak cinta lelaki tersebut kerana baginya lelaki baik itu wajar menyintai wanita yang sama baik. Entah apa kesudahan mereka hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu....

Tika itu aku hanya terfikir....cinta boleh membuka hati seseorang untuk menerima kisah silam seseorang yang kelam tanpa perlu untuk membuka buku hitam itu lagi. Kadang kala, perkara yang melibatkan hati ini sukar untuk dimengerti....hanya dua hati yang terlibat sahaja yang tahu dan saling mengerti antara satu sama lain.

Jangan disalah tafsir pula kerana entriku ini bukanlah menyokong mana mana pihak...cuma ingin mengutarakan pendapat dan berkongsi pendapat.

Tika ini teringat akan bait bait dalam salah sebuah novel ramlee awang mursyid.....SETIAP ORANG WAJAR MENDAPAT PELUANG KEDUA......=))

Friday, January 14, 2011

ALHAMDULILLAH HIRABBI ALAMIN....=)

10 safar 1432

kedengaran sayup-sayup azan subuh bertingkah dengan bunyi hujan yang turun semenjak dari lewat petang semalam. iya, memang sekarang sedang musim hujan. namun itulah dia, hujan yang turun seringkali dinyatakan sebagai satu rahmat. aku setuju dengan kata-kata itu kerana semasa hujan, banyak sangat perkara yang aku fikirkan dan apatah lagi semasa hujan itulah keinginanku untuk menulis di sini semakin menjadi-jadi. dan semasa hujan juga aku banyak mengenang semula apa sahaja yang sudah aku lakukan di sepanjang hidup aku.

ya Allah....sejak akhir-akhir ini aku lupa untuk mendalami semula diri aku sendiri. banyak terlupa daripada teringat. mujur juga aku tidak terus leka dari mengingatiMu, Ya Allah...menyorot segala apa yang sudah dan telah aku lakukan, masih tidak terlambat sekiranya aku mengucapkan syukur kerana masih diberikan peluang untuk memperbetulkan diri aku yang tentu sahaja tidak sempurna. tentu sahaja banyak keburukan dari sisi kebaikan.

sempat menonton rancangan pagi MHI yang seringkali menyajikan berita muka depan akhbar tempatan membuatkan aku seringkali dibekalkan dengan berita-berita semasa. dan sebagai seorang islam, amat perlu untuk kita mengisi diri kita dengan berita-berita semasa. dengan adanya tekboligi canggih apath lagi maklumat pada hari ini boleh diperolehi di hujung jari sahaja namun aku masih lagi setia membaca akhbar konvensional < jika frasa nya salah..aku mohon diperbetulkan>

tetapi kata-kata salah seorang perantara rancangan itu, betul-betul menggerakkan aku untuk memanjangkan topik itu di sini. rakannya mengucapakan 'happy belated' birthday kepadanya. dan tanpa ragu-ragu dia menyatakan bahawa pada tahun ini dia sudahpun berumur 34 tahun. dan aku tersenyum cuma apabila mendengar angka yang disebutnya. kerana sesungguhnya dia tidaklah nampak seperti orang yang berumur 34 tahun. mungkin kerana susuk badannya yang kecil lagi pula berkat dia selalu tersenyum barangkali membuatkan dia kelihatan beberapa tahun lebih muda daripada umurnya.

'Orang sekarang tak ramai yang mahu menyatakan umurnya secara tepat. kebanyakkannya mahu berahsia tentang umur.' tersenyum aku mendengarnya. iya..umur memang sesuatu yang sensitif namun bagi aku dengan angka yang semakin bertambah itu membuatkan kita menyedari bahawa jangka masa kita di dunia ini semakin singkat dan berkurang dari hari- ke hari dan dari tahun ke tahun. tiada apa yang istimewanya pada sebuah angka melainkan iya semakin bertambah dan ini menandakan yang kita haruslah memperbaiki lagi amalan kita dengan Allah di samping mendekatkan diri kepadaNya. semoga Allah swt terus memberkati kita semua....amin....


p/s: umur aku pula sudah menganjak ke angka 29 pada tahun ini....alhamdulillah dalam mengira angka ini, aku masih diberikan peluang untuk mengingati Allah...semoga aku mencapai lebih banyak lagi kejayaan dan semakin memdekatkan diri kepada Allah swt dan menjadi seorang muslimah yang diredhaiNya. amin...=))

Thursday, January 13, 2011

PEMAIN HARIMAU MALAYA TERIMA INSENTIF

sememangnya aku sebagai rakyat malaysia teramat berbangga dengan pencapaian pemain bola sepak malaysia yang mengalahkan indonesia di stadium gelora akhir tahun yang lepas. dan setelah hampir sekian lama menunggu dan pada masa yang sama senario bola sepak malaysia sedang berada di dalam kesuraman. apatah lagi inilah hadiah penutup untuk tahun baru.

aku sebenarnya bukanlah peminat tegar untuk sukan bola sepak. namun semasa perlawanan menentang indonesia semasa di stadium bukit jalil..aku boleh pulak menonton perlawanan tersebut. sememangnya hati aku sudah menduga dan boleh marasakan dari awal yang Malaysia boleh menang kerana aku melihat semangat kita ini tetap mekar walaupun diprovakasi dengan provok yang bukan-bukan dari orang luar. yang aku bangga sebagai rakyat Malaysia. mungkin disebabkan oleh senario negara kita yang harmoni dan sistem pendidikan rakyat kita yang sangat baik dan boleh dibanggakan dan sikap rakyat kita yang memang suka bertindak berdasarkan rasional dan bukannya emosi maka kita tidaklah merusuh atau lebih teruk lagi menghentam orang.

dan semasa perlawanan terakhir itu, aku sekali lagi menonton perlawanan tersebut tanpa meninggalkan sesaat pun tempat duduk dan aku tak boleh duduk dengan tenang. sebab kebanyakkan masanya aku berdiri menanti gol yang pertama oleh Safee Sali (he's the hero after all)! apatah lagi dengan gol tersebut boleh menutup dan tidak kurang juga membuatkan mereka melopongkan mulut mereka...at that time..hahaha!!!! saya sangat gembira!

sememangnya, dengan imbuhan yang diberikan iaitu sebanyak RM65,000 seorang. aku rasa dari segi pro nya agar dengan imbuhan ini boleh memberikan dan menaikkan semangat para pemain untuk bermain dengan lebih semangat lagi untuk perlawanan yang akan datang. dan diharapkan dengan imbuhan tersebut mereka tidak akan hanyut dengan pujian. insyaAllah...

last but not least....semoga pasukan bolasepak Malaysia ini akan terus maju dan terus mengharumkan nama Malaysia....MALAYSIA BOLEH!!!





miemao...my persian cat...=))

korang ade tak kucing? i bet mesti ramai yang akan menyatakan 'iya'!! rugilah kepada sesiapa yang tidak mempunyai pets. at least you must have one! okay...today i would like to share miemao's.....

gambar-gambar ini aku ambil semasa dia sedang tidur kat atas sejadah pulak tu....




and he's doin dat again...sedap betul dia tidur kan?



di kat dalam bilik aku....die suke tau pose macam nih....











yang nih kat atas alas kaki pulak....


okay laa....nanti2 kalau aku rajin aku upload lagi gambar miemao nih...dia sebenarnya memang peneman dan pendengar masalah aku yang paling baik. and setiap malam...memang dia rajin sangat tidur kat kaki aku...=))