Sudah lama tidak menulis, dan alhamdulillah ada juga kesempatan diberikan ALLAH SWT. Ada apa dengan tajuk yang aku utarakan kali ini? Terbaca sesuatu yang tertulis di wall seseorang....menyatakan yang dia tidak mahu wanita yang tidak suci lagi untuk dijadikan pasangan hidup....dada menarik satu nafas yang panjang.....kadang kala subjek ini terlalu taboo, dan untuk bait bait ayat yang seterusnya, bacalah dengan HATI YANG TERBUKA, BUKAN DENGAN EMOSI SEMATA....namun inilah yang ingin aku utarakan...ingin aku highlightkan..siapa kita untuk menolak ketentuan ALLAH....iya....memang wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik....itu adakah janji ALLAH......namun bagaimana kalau ALLAH mahu menduga kaum lelaki? Dipertemukan dengan wanita yang sudah tidak suci namun dia sudahpun bertaubat?
Wanita, dijadikan untuk dilindungi...resminya adalah makhluk yang lemah...mudah terbuai dengan kata kata manis lelaki, hatinya lembut...dan itulah wanita. Dan dalam dunia yang serba mencabar ini memang banyak juga godaan yang mendatang untuk wanita.
Berbalik kepada kes wanita tidak suci tadi....di sini...janganlah dihukum mereka.....aku pernah berbicara dengan rakan rakan lelaki aku yang aku kira boleh dipercayai untuk diajak berbual perkara begini....tentang WHAT IF....mereka jatuh hati..jatuh sayang dan ingin MEMPERISTERIKAN wanita seperti....well...cinta itu memang membutakan mata..namun dengan 7 akal yang sudah diberikan (walaupun tidak semua) ada di antara lelaki yang masih mahu menerima wanita seperti ini. bila aku minta sebabnya..ini jawapan mereka.....DIANA, YANG LEPAS TU LEPASLAH, MEMANG KALAU DIIKUTKAN LELAKI MACAM KAMI NI MAHU YANG SEGAR, YANG BARU.....NAMUN INI SOAL HATI.....RAHSIA ANTARA ALLAH DAN KAMI......
Semasa menulis entri ini juga, aku terkenang akan seorang lelaki yang tulus dalam mengejar cintanya. Hatinya terpaut kepada seorang wanita dan kebetulan aku juga kenal , dari zaman ligatnya sehinggalah ke tempoh hijrahnya mengenal ALLAH, lelaki itu mahu merebut cintanya namun mungkin dia sedar akan dosa masa lalunya maka dia menolak cinta lelaki tersebut kerana baginya lelaki baik itu wajar menyintai wanita yang sama baik. Entah apa kesudahan mereka hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu....
Tika itu aku hanya terfikir....cinta boleh membuka hati seseorang untuk menerima kisah silam seseorang yang kelam tanpa perlu untuk membuka buku hitam itu lagi. Kadang kala, perkara yang melibatkan hati ini sukar untuk dimengerti....hanya dua hati yang terlibat sahaja yang tahu dan saling mengerti antara satu sama lain.
Jangan disalah tafsir pula kerana entriku ini bukanlah menyokong mana mana pihak...cuma ingin mengutarakan pendapat dan berkongsi pendapat.
Tika ini teringat akan bait bait dalam salah sebuah novel ramlee awang mursyid.....SETIAP ORANG WAJAR MENDAPAT PELUANG KEDUA......=))
Pastinya ada peluang kedua', ketiga mahupun byk peluang buat setiap insan selagi mana pintu taubat masih terbuka luas bg dirinya..erti kata lain selagik sik menutup mata. Ttg suci atau sik, kita berbalit kpd ketentuan Allah swt kpd setiap hambaNya..kita inginkan yg terbaik tp tetap diberik yg bkn pilihan kita, sesungguhnya Allah swt tauk apa yg terbaik buat kita.."Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
ReplyDelete