Monday, September 3, 2012

IKHLASKAN LAH.....LEPASKAN LAH.....

Rasa putus cinta memang memeritkan, apa tidaknya, orang yang kita harapkan menjadi pendamping setia, menganyam janji untuk sehidup semati, susah senang bersama dan akhirnya dia juga yang memutuskan hubungan itu. Ya ALLAH, sakit dan sengsaranya hanya kita dan ALLAH SWT yang tahu. Buat apa pun tidak menentu, hati pilu, sakit hati dan sengsara. Saya tidak menafikan, frust bercinta memang satu dugaan yang berat. Apatah lagi kalau kita tidak tahu bagaimana cara untuk handle rasa kecewa itu. Barangkali kalau diukur tahap stress yang dihadapi, tidak mustahil ia menduduki ranking yang tertinggi. Kalau tidak, masakan ada yang sanggup mencederakan diri malah ada juga yang sanggup membunuh gara gara tidak dapat menerima hakikat yang hubungan tersebut sudahpun berakhir. Lantaran itu, pada pandangan saya, kesan stress putus cinta tidak boleh dipandangan ringan. Harus diberikan rawatan segera. Maka saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit tips dan kaedah yang mungkin boleh dijadikan panduan bagi menolong diri kita atau rakan rakan yang sedang frust.







JANGAN MEMAKSA DIRI UNTUK TERUS MELUPAKAN Biasanya apabila seseorang putus cinta, perkara utama yang difikirkan adalah untuk melupakan bekas kekasihnya itu. Namun tahukah anda semakin anda cuba untuk melupakan semakin anda akan mengingati dirinya. Hakikatnya, kita tidak mungkin dapat melupakan seseorang yang kita kenal dalam hidup anda dengan mudah apatah lagi sekiranya dia yang pernah kita sayang satu ketika dulu. Apa yang perlu anda lakukan, bukanlah MELUPAKAN tapi MEMUDARKAN! Pudarkanlah dirinya dari hati dan minda kita. Jadikan dirinya TIDAK LAGI MENARIK pada kita. Matlamat kita adalah untuk menukarkan perasaan sayang, rindu dan cinta yang kita ada kepada perasaan yang lain. Ingat, selagi anda ada menyimpan perasaan sayang walaupun sedikit, selagi itulah hidup nda akan dibelenggu sengsa
ra.
























MAAFKANLAH, IKHLASKANLAH Ya, tidak saya nafikan bahawa tidak semua di antara kita mudah memberikan kemaafan. Pernah kan anda mendengar ungkapan ' sukarnya memberi maaf' ? Saya akui, bukanlah mudah lantaran hati sudah disakiti, maka yang bersisa adalah amarah dan dendam. Namun percayalah, walaupun kelihatan terlalu mudah dan ringkas. Namun cara inimempunyai kesan yang mendalam yang mampu merawat luka perasaan. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah sekeping hati bersama perasaan redha dan pasrah. Ikhlas bermaksud TANPA MENGHARAPKAN BALASAN. Ikhlaskanlah perasaan rindu, kasih dan cinta anda kepadanya. Ikhlaskanlah segala pengorbanan yang telah anda lakukan untuk dirinya. Ikhlaskanlah. Biarkan dia pergi. Lepaskanlah dia dari hati dan perasaan anda. Anda tidak mengharapkan apapun darinya. Ikhlaskanlah apa yang berlaku dalam hidup anda sekarang. Ikhlaskanlah segala apa yang anda rasakan sekarang ini. Sebutkan dengan perlahan dan ikhlas..... ' YA ALLAH, ya TUHANKU...mulai saat ini, aku ikhlaskan segala rasa rinduku, cintaku dan rasa kasihku pada dirinya. Aku ikhlaskan pemergiannya, ya ALLAH, aku ikhlaskan segala apa yang berlaku.' Ya....tentu sekali anda boleh menciptakan ayat anda sendiri yang menggambarkan bahawa anda benar benar ikhlaskan perasaan anda pada dirinya. Selesai sahaja anda melafazkan ayat ikhlas anda, senyumlah sambil menahan nafas lembut, tahan dan lepaskanlah dengan perlahan nafas sambil berkata ' AKU IKHLAS YA ALLAH' * segala apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Bukakanlah hati anda. Saya juga seperti anda, PERNAH KECEWA, namun saya harus meletakkan diri saya sebagai hamba ALLAH yang mana hidup saya sudah pun ditentukan olehNYA. Bukakanlah hati, sesungguhnya akan ada insan yang lebih baik yang akan ALLAH SWT kirimkan kepada kita nnt. InsyaALLAH.....

Saturday, September 1, 2012

TULANG RUSUK KIRI INI, KAMU KAH PEMILIKNYA?

Warkah ini saya coretkan buat bakal pemilik tulang rusuk kiri ku ini...insyaALLAH. "YA ALLAH, pertemukanlah diri ku dengan lelaki yang baik, lelaki yang boleh membimbingku ke jalan MU, lelaki yang menerima diriku seadanya, lelaki yang kukuh serta stabil kedudukan ekonominya. Amin ya ALLAH..." Lantaran hati saya cuma satu, maka mahar cinta ini terlalu mahal, mahal kerana cinta saya hanya layak untuk yang halal, untuk yang tepat, untuk seseorang yang soleh yang telah ALLAH SWT tetapkan dan INSYAALLAH akan ALLAH kirimkan untuk diri ini. Dan tentu sekali hati saya untuk yang BERUSAHA, untuk yang IKHLAS, untuk yang menjaga ALLAH SWT, yang PATUH suruhan ALLAH SWT. Maafkan saya sekiranya saya berkasar, malah kelihatan seolah mendongak sombong. Saya tidak mahu terikat dengan janji manis seorang lelaki. Maaflah, itu sudah basi, saya sudah lali, berhentilah ya. Saya takut dikecewakan dalam keadaan yang tak sepatutnya. Sedangkan terlalu besar oeluang saya untuk mengelak sebelum semua itu terjadi. Jadi saya memilih untuk mengelak. Saya tidaklah bersikap angkuh. Tetapi inilah yang saya inginkan. Saya memilih bahagia, tidak hanya di dunia tetapi di akhirat. Saya ingin selamat, di dunia dan di akhirat. Saat di mana hanya amal yang menjadi penentu. Rasulullah SAW menggambarkan wanita ibarat tulang rusuk. Lembutnya perlukan pengawasan dan sifat berhati hati dalam meluruskannya. Jika terlebih keras, dia akan patah. Jika dibiarkan maka ia tetap akan bengkok. Buat kamu....jadilah seperti yang saya impikan, saya tidak memilih tetapi saya hanya inginkan yang TERBAIK di saat saya berpeluang melakukannya selain untuk mendapatkan redha ALLAH SWT, semoga ALLAH SWT merestui permintaan saya dan seterunya hubungan ini. Andai kamu lah orangnya yang mempunyai kriteria yang diredhai ALLAH, apakah tidak terlintas difikiran kamu yang saya tidak akan berusaha menjadi wanita solehah dan sesuai untuk kamu? Pasti!! Kerana saya tahu ALLAH SWT sayangkan saya dan saya pasti berusaha untuk menjadi isteri yang selayaknya. InsyaALLAH. Duhai kamu yang diciptakan untuk saya nanti, insyaALLAH. Kerana cinta yang mahal ini hanya untuk mereka yang halal dan yang selayaknya. Jika benar hati anda untuk saya, usahlah bermain kata. Bersifatlah dengan matang, temuilah wali saya sebagai buktinya!

Tuesday, August 28, 2012

SEGAKNYA KAMU BERBAJU MELAYU.....

Okay, I am gonna make it short and sweet. Ini.....baju melayu.... Iya, saya sesungguhnya sangat obses dengan baju melayu. Oppss....bukan, tetapi orang yang berbaju melayu yang membuatkan saya tidak henti memandangnya. *tolak tepi suami orang ya....=p* Tapi kalau suami orang yang satu ini....ya...tersenyum lebaaarrrrrrrrr. Hahahah
Entahlah, dari dulu lagi saya suka tengok lelaki mengenakan baju melayu, masa kat UTM dulu, masa konvo graduan graduannya (lelaki laa of course!) sebelum mereka mengenakan jubah, mereka mengenakan baju melayu hitam, bersamping songket dan bersongkok. Sangat SEGAK (YA), sangat BERKEYAKINAN (YA) dan ouch.....sangat MENAWAN HATI (YA YA YA!) *ADUH!!! FIFIE PENGSAN.......* Bila nampak budak kecik pakai baju melayu lagilaa KACAK!! tersangatlah COMEL!! hurm, sebenarnya semuanya nampak segak bila mengenakan baju melayu. =) **Perasan tak semua butang pada baju melayu cekak musang butang stud nya hanya ada LIMA? Kenapa??
KERANA ada LIMA RUKUN ISLAM yang telah ALLAH tetapkan untuk kita. MasyaALLAH, tingginya nilai ISLAM pada baju melayu, warisan nenek moyang kita kan? Dan saya tidak dapat menolak, saya SANGAT SUKA melihat kamu mengenakan baju melayu CEKAK MUSANG, lengkap BERSAMPING, BERSONGKOK..dan membacakan AKAD NIKAH....aduh....kali ini saya yg pengsan!! Hahahha....=))

Wednesday, June 20, 2012

MARI BELAJAR BAHASA IBAN pt2 Nadai = tiada Bisi = ada Mayau = kucing Pedis = sakit Lelengau = rindu Sayau = sayang Nuan = awak Bajik = cantik Bup = buku Bayat = samseng Sebaka = sama * okay..since beberapa tahun yang lepas saya ada membuat entri berkenaan dgn bahasa iban. Kenapa tiba tiba mahu membuat entri ini semula? ini kerana, sedikit sebanyak hidup saya berkisar tentang iban. Well..ada beberapa istilah iban seperti 'kelebat' yang sebenarnya bermaksud CULVERT. Hahaha....jgn main main..saya pernah mendengar istilah ini dituturkan oleh seorang nenek di rumah panjang. InsyaALLAH, nnt nnt saya akan sertakan entri yang baru berkenaan bahasa iban dan mungkin bahasa bahasa lain di sarawak. Happy learning...=))

Thursday, April 19, 2012

ColorBlock* TAKE YOUR HIJAB ON, LADIES!

They are cute and awesome isn't it? Feel arkward for the first time you read it? Not anymore....sebabnya kali ini saya akan terangkan mengenai color block yang menjadi trend buat masa sekarang. And this entry is specially for hijabers out there. Well, this fashion which is colorblock adalah ilham daripada FALL 2011 fashion. jom kita tgk apakah yang dimaksudkan dengan Color Block ini.....




COLOR BLOCK-SENI MENGGABUNGKAN WARNA WARNA KONTRA SAMA ADA PADA PAKAIAN DAN JUGA HIJAB


Jom kita tgk dan dapatkan ilham lagi....

Sekarang, jangan takut dan rasa segan jika hendak berfesyen dengan warna warna kontra dan terang sebab today inilah yang dikatakan fesyen yang IN!!





SMILE.....it's sunnah! Hehe.....



Part from that, you can also add up some of the colorblock accessories on your outfits. Maybe these accessories might give you a little help...












So darls...have fun with the colorblock!!


Regards: DIANA ANNA

Wednesday, April 18, 2012

BIJAK + CANTIK = PAKEJ!


Kenal dengan dia kan? Mustahil tak kenal dengan Neelofa ni. Well for those yang belum terlalu kenal..let me introduce. Neelofa has been everyone's favourite eversince she appreared in the local pegeant DEWI REMAJA. With stunningly good looks, her stars are definately blinking. Neelofa is currently the hottest supermodel in Malaysia and she is only in her early 20's. She has very beautiful set of eyes, nose, teeth and long flowy hair. It's a natural beauty from Malaysia! But above all...apa relevannya dgn apa yg telah menjadi tajuk di atas? Neelofa is also straight A's student during SPM. Frankly speaking i adore her so much. Dah lah cantik..pandai pulak tu dan dia juga adalah businesswoman yang berjaya dalam perniagaan kasutnya...so gifted isn't she?

Okay...this is the website related to her business, www.neelofaheels.blogspot.com


Now...the most controvesial one....Nur Amalina Che Bakri.

Hehhe...pada aku hal kontroversi dia yg dulu ini tidak perlulah di remehkan sangat. resmi orang kita kan..suka sangat mencari kesalahan orang. But for me..she is a fashionista. Kalau hendak dibandingkan dengan Neelofa memang dari segi cantik dia 'kalah' tapi bukankah cantik tu subjektif dan sebenarnya yang menyebabkan dia kelihatan elegan dan cantik adalah KEYAKINAN dia! Agak stylo dan tersangat bijak. Kerana menurut pensyarah dan juga professor penyelia dia, mereka sendiri menyatakan bahawa Nur Amalina merupakan brilliant student di universiti dan mereka memang mahu meneruskan lagi kerjasama untuk menjalan kerja kerja penyelidikan mereka di masa akan datang. Even kawan kawannya yang serumah dengan dia pun menyatakan yang Nur Amalina ni memang jenis yang studious. Hairan jugak laa dengan manusia manusia dengki yang menyatakan yang dia ni fail satu ketika dulu. kalaulah betul pun fail takkan lah BANK NEGARA MALAYSIA yang memberikan biasiswa kepada nya tidak memantau pelajaran Nur Amalina? Fikir fikirkan lah sebelum mengeluarkan statement tu..

Namun sebenarnya, cantik dan pandai ini anugerah ALLAH SWT.....gunakanlah apa yang ALLAH SWT berikan itu sebaik mungkin. Seperti mana yang selalu aku pesan buat pelajar pelajar aku. Pandai memang tuhan yang bagi, namun kepandaian juga boleh diasah dan yang penting kita tidak boleh berputus asa.

p.s: tiba tiba teringat dengan model untuk perfume simply siti yang namanya leuney dan dia pernah digossipkan dengan penjaga gol glamour negara khairul fahmi che mat..hurm, anyone knws her academic background? She is also stunning and a businesswoman at her young age!

Somehow EVERYBODY IS SPECIAL AND PRETTY THEIR OWN WAY.....=)

Monday, December 5, 2011

ADAKAH PELUANG KEDUA?

Sudah lama tidak menulis, dan alhamdulillah ada juga kesempatan diberikan ALLAH SWT. Ada apa dengan tajuk yang aku utarakan kali ini? Terbaca sesuatu yang tertulis di wall seseorang....menyatakan yang dia tidak mahu wanita yang tidak suci lagi untuk dijadikan pasangan hidup....dada menarik satu nafas yang panjang.....kadang kala subjek ini terlalu taboo, dan untuk bait bait ayat yang seterusnya, bacalah dengan HATI YANG TERBUKA, BUKAN DENGAN EMOSI SEMATA....namun inilah yang ingin aku utarakan...ingin aku highlightkan..siapa kita untuk menolak ketentuan ALLAH....iya....memang wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik....itu adakah janji ALLAH......namun bagaimana kalau ALLAH mahu menduga kaum lelaki? Dipertemukan dengan wanita yang sudah tidak suci namun dia sudahpun bertaubat?

Wanita, dijadikan untuk dilindungi...resminya adalah makhluk yang lemah...mudah terbuai dengan kata kata manis lelaki, hatinya lembut...dan itulah wanita. Dan dalam dunia yang serba mencabar ini memang banyak juga godaan yang mendatang untuk wanita.

Berbalik kepada kes wanita tidak suci tadi....di sini...janganlah dihukum mereka.....aku pernah berbicara dengan rakan rakan lelaki aku yang aku kira boleh dipercayai untuk diajak berbual perkara begini....tentang WHAT IF....mereka jatuh hati..jatuh sayang dan ingin MEMPERISTERIKAN wanita seperti....well...cinta itu memang membutakan mata..namun dengan 7 akal yang sudah diberikan (walaupun tidak semua) ada di antara lelaki yang masih mahu menerima wanita seperti ini. bila aku minta sebabnya..ini jawapan mereka.....DIANA, YANG LEPAS TU LEPASLAH, MEMANG KALAU DIIKUTKAN LELAKI MACAM KAMI NI MAHU YANG SEGAR, YANG BARU.....NAMUN INI SOAL HATI.....RAHSIA ANTARA ALLAH DAN KAMI......

Semasa menulis entri ini juga, aku terkenang akan seorang lelaki yang tulus dalam mengejar cintanya. Hatinya terpaut kepada seorang wanita dan kebetulan aku juga kenal , dari zaman ligatnya sehinggalah ke tempoh hijrahnya mengenal ALLAH, lelaki itu mahu merebut cintanya namun mungkin dia sedar akan dosa masa lalunya maka dia menolak cinta lelaki tersebut kerana baginya lelaki baik itu wajar menyintai wanita yang sama baik. Entah apa kesudahan mereka hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu....

Tika itu aku hanya terfikir....cinta boleh membuka hati seseorang untuk menerima kisah silam seseorang yang kelam tanpa perlu untuk membuka buku hitam itu lagi. Kadang kala, perkara yang melibatkan hati ini sukar untuk dimengerti....hanya dua hati yang terlibat sahaja yang tahu dan saling mengerti antara satu sama lain.

Jangan disalah tafsir pula kerana entriku ini bukanlah menyokong mana mana pihak...cuma ingin mengutarakan pendapat dan berkongsi pendapat.

Tika ini teringat akan bait bait dalam salah sebuah novel ramlee awang mursyid.....SETIAP ORANG WAJAR MENDAPAT PELUANG KEDUA......=))