Tuesday, May 21, 2013

~I KNOW YOU LOVE ME, BECAUSE I LOVE YOU TOO! =))~

  There's something about en tunang yang membuatkan saya selalu rasa selesa dengan hubungan kami.  Memanglah bukan tujuan saya hendak memuji-muji  en tunang secara tinggi melangit.  Nope!!  Namun tidak salah juga kan?  En tunang saya memang patut dipuji.  siapa lagi yang hendak saya puji kalau bukan tunang sendiri kan?

  Dalam tempoh empat bulan menjadi tunangnya, saya sedar dan mula memahami yang tunang saya bukanlah seorang yang suka mengungkapkan kata-kata yang bersifat manis-manis atau romantik.  Namun saya tahu di sudut hati yang dia care tentang saya.

  Bagaimana?

  Melalui perlakuannya.....  Saya sedia maklum memang dia tidak memuji saya.  Bagus juga dia tidak berbuat begitu.  Kerana bagi saya, kadang kala pujian membuatkan kita lalai.  Yalah, kalau hari hari dipuji cantik dan menarik (walaupun saya tahu sememangnya semua wanita gemar dan suka bila dipuji), nanti kita akan merasa terlalu selesa dengan diri kita.  Tidak mustahil juga akan menjadi lupa diri.  Hurm...

  Eh, melalut pula dia!! 

  Berbalik kepada encik tunang, tindakannya yang mengambil berat sungguh membuatkan saya rasa dihargai.





  See? 

Inilah yang saya maksudkan.  Kata-kata sebegini sudah cukup untuk menenangkan kita apabila tunang kita jauh di mata namun teramatlah dekat di hati....alololo....  cukup sweet like a chocolate untuk membuatkan saya tersenyum.  Bercerita tentang chocloate, ada entri yang akan saya khaskan berkenaan chocolate nanti.  In shaa Allah.

#I know you love me because I LOVE YOU TOO!#



No comments:

Post a Comment