Wednesday, May 22, 2013

~RUPA-RUPANYA DORONO ITU ADALAH.......~

Okay, saya cuma nak share tentang satu perkara yang automatiknya akan membuatkan saya tersenyum lantas tersengih kalau saya ingat lama-lama. 

Semua orang tahu yang ini adalah deodorant dan kegunaaan nya bukan?


 Ada bermacam-macam jenama deodorant dan fungsinya cuma satu iaitu menyahbau bau badan terutamanya kawansan bawah lengan.  Pernah tak berdepan dengan situasi terlupa nak pakai deodorant?  Kalau saya memang saya akan kembali semula dan masuk ke bilik kalau terlupa.  mana boleh tak pakai!!  Eewww!!!

Berbalik kepada perkara yang saya tulis mula-mula tadi.  Saya keluar dengan encik JJ dan semasa memandu en JJ ada menyatakan hasrat nya kepada saya.

"Kamek nk singgah ke kede nak beli dorono lok." ~Saya nak singgah ke kedai nak beli dorono~

 Saya yang pada mulanya mendengar kata-kata encik JJ pada mulanya ambil endah tak endah saja.  Namun perkataan 'dorono' menarik perhatian saya.  Saya pulak pada waktu itu entah kenapa tak ada niat pulak hendak bertanya.  Entah apa yang bermain di fikiran saya tika itu.

Maka saya hanya membiarkan perkataan dorono tadi berlalu dan hilang dari ingatan begitu sahaja.  Hinggalah pada satu hari seorang kawan yang merupakan blogger menunjukkan apakah sebenarnya dorono kepada saya dan tika itulah saya tergelak.  Rupa-rupanya.....dorono itu adalah DEODORANT!!

Hahaha!!!   Aduhai..itulah bahasa Sarawak..very rare...saya kalau terlihat deodorant memang akan terkeluar perkataan 'dorono'



**hehehehe.....mun keluar jangan lupak pake dorono aaa**

No comments:

Post a Comment