Langkah awal kami berdua yang membuatkan saya rasa dihargai..terima kasih Encik JJ
Saya segera teringat pengalaman kami berdua tahun lepas semasa kami berdua mengikuti kursus pra-perkahwinan. Hurm...saya memang akan tersenyum apabila mengenang kembali semua ini.
Asalnya kami berdua hendak mengikuti kursus tersebut pada bulan November atau Disember, namun bila di check, tarikhnya pulak tak sama dengan tarikh Encik JJ di darat..asyik clash saja. Dan sweet nya Encik JJ, dia mahu kami berdua pergi ke kursus ini bersama-sama! =) So, with my finger cross, saya call terus ke Majlis Islam untuk bertanyakan kalau-kalau ada tempat kosong untuk kami berdua dan dengan kepercayaan yang saya pegang..ALLAH SWT AKAN MEMPERMUDAHKAN USAHA YANG BAIK, maka akhirnya ada tempat untuk kami berdua. Itu pun kebetulan ada pasangan yang menarik diri di saat akhir! Alhamdulillah!!
Kiranya sekarang ini saya sedang bercinta dan bertunang in one package bersama dengan Encik JJ. Which is sebenarnya lebih indah daripada bercinta lama-lama. Hehehe...well, tidaklah saya mengatakan yang bercinta lama-lama itu tidak elok. Siapalah saya untuk menilai bukan? Mungkin ini bahagian yang sudah Allah swt tetapkan kepada kami berdua. Bahagian anda lain pulak..=)
Saya mengalami demam panas yang bolehlah dikira agak teruk waktu itu, dan encik JJ lah yang bertanggungjawab utk 'menjaga' saya. Oh ya, ada satu peristiwa yang menyebabkan saya terperanjat kerana sewaktu hari terakhir semasa hendak menyampaikan sijil ini, saya dan seorang lain adik di minta untuk menjadi pembawa dulang. Hahaha...lucu mengenangkan, ingatkan apalah agaknya hal ustaz tu panggil kami berdua, rupa-rupanya nak mintak tolong! Alahai.....
No comments:
Post a Comment