BECAUSE U LIVE…….KHAS BUAT MAK….
Berkali-kali aku rewind lagu FAIZAL TAHIR ini....instead of mentafsirkan nya dr sudut percintaan. aku mentafsirkannya dr sudut kasih seorang anak buat ibu...kata-katanya begitu menarik perhatian aku untuk menyanyikannya tanpa letih.
“Bagaimanaku nanti...bila tiada mengganti..yang ku ada hanya kamu saja......"
Makna kata-kata yang sangat mendalam untuk insan yang paling aku sayangi di dalam dunia ini. Tiada taranya walaupun nyawa aku yang menjadi galang gantinya. Aku akui yang sejak kecil aku ni seorang anak yang degil dan keras kepala. Sejak dari kecil, aku sedar yang setiap keinginan aku sentiasa dipenuhi. Kalau tidak mengamuk sakanlah aku……..tak boleh salah sikit dan jarang sekali hendak mengalah….. Biar apapun keadaannya, dan oleh kerana itulah aku tidak takut untuk meminta walaupun ku tahu yang agak sukar kadang-kadang mak hendak menyediakan semua itu. Tetapi kerana sayangkan aku, dia sendiri tidak kisah hendak menyediakan semua itu.
Ada satu insiden yang sampai sekarang tidak dapat langsung aku lupakan. Biarpun sudah lama, namun dengan izin Allah aku tetap masih dapat mengingatinya. Semasa di dalam perjalanan hendak balik ke Saratok dan tika itu kami belum ada kereta lagi dan dengan menaiki bas kami akan berulang alik dari Saratok ke Kuching menjelang hari raya. Aku pula sebelum menaiki bas, mataku terpanah pada sebuah beg kecil yang sangat comel. Warna nya ungu putih…..tanpa berlengah terus aku tarik baju mak aku dan menyatakan keinginan aku untuk memilikinya. Mak pula menyatakan yang dia tidak boleh memenuhi kehendak aku. Atas sebab apa aku tidak pasti, jadi penghujungnya kami sekeluarga naik ke dalam bas dan aku mula merajuk….. bas pula sudah hampir hendak bergerak dan tanpa aku sangka ma segera turun dari bas dan meminta kepada pemandu bas untuk menunggu sebentar. Aku yang tidak tahu apa-apa terus merajuk dan tidak berapa lama selepas itu mak dengan senyuman yang manis menghulurkan beg idaman ku kepada aku….=)
Sungguh tika dan waktu itu, untuk gadis kecil yang berusia 5 tahun seperti aku tidak akan tahu makna disebalik kesanggupan ma untuk memenuhi setiap kehendak aku. Namun dengan meningkat dewasanya aku dan semakin aku mengeti makna kasih sayang dan pengorbanan semakin aku mengerti betapa sucinya kasih seorang yang bergelar ibu. Biarlah hidupnya susah, sukar dan serba tidak sempurna namun demi untuk anak yang tersayang dia tidak kisah akan semua itu…..tidak pernahpun dia mahu melihat anaknya susah, sakit apatah lagi dihina…..kalau aku bersedih mak lah yang akan memujuk ku….kalau aku kecewa dan rasa tidak bersemangat maka mak juga yang akan menaikkan semangatku. Memesan kepadaku agar sentiasa ikhlas dengan setiap apa yang kita lakukan……
Maka di atas kesempatan ini, dalam aku mula mengharungi hidup yang serba mencabar, aku sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar aku diberikan peluang untuk menggembirakan mak dan semua orang-orang yang aku sayang…..Amin….....
No comments:
Post a Comment