Friday, September 17, 2010

~Terima kasih & satu ingatan~

apakah sebenarnya perasaan menjadi seorang pendidik? menjadi cikgu atau pensyarah bukanlah satu kerja yang glamour...jauh sekali untuk dikenali ramai .

semasa aku menjadi pelajar terutama sekali semasa di UTM, sukar untuk menyesuaikan diri yang mana ia merupakan peralihan dr alam persekolaha ke alam universiti. aku sukar untuk memberikan tumpuan, tidak seperti semasa aku masih di sekolah menengah. sementelah lagi kalau ada kelas yang bermula pukul 8....aduh..sakitnya nak bangun pagi (lagi2 kalau malam sebelum tu ada assignment yang hendak disiapkan). dan aku dulu? kelas pukul 8..maka jam lapan tepat tu juga lah aku baru menapak keluar dari bilik....masuk kelas pun guna pintu belakang...so....tumpuan agak terganggu sedikit kalau duduk dibelakang...kerana apa? hehe...banyak sangat gangguan di hadapan mata...lainlah kalau duduk di depan betul-betul mengadap lecturer.....(itu kerusi first @ business class kata kawan2 aku dulu =p). kalau kelas tu berlangsung selama 3 jam maka aku sebenarnya hanya berada lebih kurang setengah jam sahaja di situ, sungguh kata orang jasadnya ada namun rohnya melayang ke kafe sri meranti atau pun cengal (aku rindu tempat ini, murah sangat makanan nya, bulan oktober yang lepas datang sana..hehe) aku tak tahu lah kalau wujud di dunia ini ada orang yang hatinya terus terusan tertumpu kepada lect yang mengajar selama 3 jam di kelas...tabik spring aku kat dia.

aku benci dengan ujian yang diadakan, apatah lagi kalau ada kuiz yang lecturer bagi tiba2...mereng kepala dibuatnya...satu lagi yang aku tak suka..membentangkan hasil tugasan...dalam bahasa inggeris pulak tu!! =p

namun semuanya berubah di kala aku memilih untuk menjadi tenaga pendidik. kesian apabila melihatkan pelajar berwajah mengantuk apabila kita sedang memberikan penerangan maka dgn itu aku selalu menyingkatkan waktu pembelajaran. aku faham apa yang dilalui mereka kerana satu masa dulu aku pernah menjadi pelajar. yang dibebani dengan assignment, kuiz dan ujian...n entah apa2 lagi benda2 yang lain.

ingin aku nyatakan di sini...semenjak menjadi tenaga pengajar...satu yang aku perasan, struktur soalan untuk mana2 kertas peperiksaan tidak akan memungkinkan mana-mana pelajar gagal. bunyinya agak mudah namun ia memerlukan sedikit kebijaksanaan dan usaha berganda untuk mendapatkannya. aku selalu meminta pelajar dtg berjumpa dengan lecturer setelah habis satu2 sesi pertemuan. namun tidak semua yang mampu untuk melakukannya. kami sebagai lect tidak tahu sama ada pelajar faham atau tidak dengan apa yang kami ajar melainkan dengan mengadakan ujian, kuiz dan peperiksaan. percayalah..ada kebaikan kalau pelajar selalu datang berjumpa dengan lect..salah satu daripadanya kami akan kenal dan ingat siapa anda...maka dalam exam...INSYAALLAH kertas jawapan anda menjadi KEUTAMAAN pada kami!!

dengan itu, berjumpalah dengan lect kalau ada masalah dan tidak memahami kehendak subjek...mungkin ada pelajar memikirkan bahawa lect tidak suka kalau pelajar terlalu banyak bertanya..namun tahukah pelajar bahawa ia merupakan satu kebanggaan kepada seseorang lect kalau ada student yang datang bertanya..kerana itulah petanda bahawa apa yang disampaikan oleh kami diterima dan difahami oleh pelajar. itulah kepuasan mengajar yang hanya boleh dirasai oleh pengajar itu sahaja...perasaan yang sangat eksklusif!!

hehee...aku menulis kerana sayang... AND WE HAVE TO BE CRUEL TO BE KIND.....hari ini keputusan peperiksaan sem julai 2009 sudah di umumkan...dan kepuasan yang aku dapat ialah....ucapan terima kasih dan ingatan dari pelajar yang berjaya mendapatkan A untuk subjek yang aku ajar...dan itulah kepuasan hakiki sebagai seorang pensyarah...=)

YANG KU ADA HANYA KAMU SAJA......=))

BECAUSE U LIVE…….KHAS BUAT MAK….


Berkali-kali aku rewind lagu FAIZAL TAHIR ini....instead of mentafsirkan nya dr sudut percintaan. aku mentafsirkannya dr sudut kasih seorang anak buat ibu...kata-katanya begitu menarik perhatian aku untuk menyanyikannya tanpa letih.

“Bagaimanaku nanti...bila tiada mengganti..yang ku ada hanya kamu saja......"

Makna kata-kata yang sangat mendalam untuk insan yang paling aku sayangi di dalam dunia ini. Tiada taranya walaupun nyawa aku yang menjadi galang gantinya. Aku akui yang sejak kecil aku ni seorang anak yang degil dan keras kepala. Sejak dari kecil, aku sedar yang setiap keinginan aku sentiasa dipenuhi. Kalau tidak mengamuk sakanlah aku……..tak boleh salah sikit dan jarang sekali hendak mengalah….. Biar apapun keadaannya, dan oleh kerana itulah aku tidak takut untuk meminta walaupun ku tahu yang agak sukar kadang-kadang mak hendak menyediakan semua itu. Tetapi kerana sayangkan aku, dia sendiri tidak kisah hendak menyediakan semua itu.

Ada satu insiden yang sampai sekarang tidak dapat langsung aku lupakan. Biarpun sudah lama, namun dengan izin Allah aku tetap masih dapat mengingatinya. Semasa di dalam perjalanan hendak balik ke Saratok dan tika itu kami belum ada kereta lagi dan dengan menaiki bas kami akan berulang alik dari Saratok ke Kuching menjelang hari raya. Aku pula sebelum menaiki bas, mataku terpanah pada sebuah beg kecil yang sangat comel. Warna nya ungu putih…..tanpa berlengah terus aku tarik baju mak aku dan menyatakan keinginan aku untuk memilikinya. Mak pula menyatakan yang dia tidak boleh memenuhi kehendak aku. Atas sebab apa aku tidak pasti, jadi penghujungnya kami sekeluarga naik ke dalam bas dan aku mula merajuk….. bas pula sudah hampir hendak bergerak dan tanpa aku sangka ma segera turun dari bas dan meminta kepada pemandu bas untuk menunggu sebentar. Aku yang tidak tahu apa-apa terus merajuk dan tidak berapa lama selepas itu mak dengan senyuman yang manis menghulurkan beg idaman ku kepada aku….=)

Sungguh tika dan waktu itu, untuk gadis kecil yang berusia 5 tahun seperti aku tidak akan tahu makna disebalik kesanggupan ma untuk memenuhi setiap kehendak aku. Namun dengan meningkat dewasanya aku dan semakin aku mengeti makna kasih sayang dan pengorbanan semakin aku mengerti betapa sucinya kasih seorang yang bergelar ibu. Biarlah hidupnya susah, sukar dan serba tidak sempurna namun demi untuk anak yang tersayang dia tidak kisah akan semua itu…..tidak pernahpun dia mahu melihat anaknya susah, sakit apatah lagi dihina…..kalau aku bersedih mak lah yang akan memujuk ku….kalau aku kecewa dan rasa tidak bersemangat maka mak juga yang akan menaikkan semangatku. Memesan kepadaku agar sentiasa ikhlas dengan setiap apa yang kita lakukan……

Maka di atas kesempatan ini, dalam aku mula mengharungi hidup yang serba mencabar, aku sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar aku diberikan peluang untuk menggembirakan mak dan semua orang-orang yang aku sayang…..Amin….....

Thursday, September 16, 2010

HATI MALAYA-1957~SATU KEBENARAN

kali pertama aku dipertontonkan dengan filem ini adalah semasa aku mengikuti kursus kenegaraan atau dengan nama lainnya kursus biro tatanegara(BTN). sebetulnya aku tidak begitu suka untuk mengikuti kursus apatah lagi sekiranya ia melibatkan aktiviti latihan di dalam kumpulan (LDK) dan ujian di hari terakhir kursus. namun kursus yang berlangsung selamal lima hari ini betul-betul meninggalkan kesan di hatiku yang selama ini terlalu memandang remeh isu-isu politik....politics is the last thing will comes to my mind....begitulah selalunya. bukannya aku hendak mempromosikan filem ini lantaran ia sudah terlalu lama berlalu. entah kenapa aku boleh terlepas pandang dengan filem patriotik ini. sedangkan aku sememangnya kaki wayang. permulaan cerita ini sudah mengundang rasa sebak di hati bagi sesiapa yang pernah menontonnya. dimulakan dengan kaedah 'memaksa' dari sultan tanah melayu pada ketika itu oleh Sir harold mac michael. walaupun keempat-empat sultan di tanah melayu pada ketika itu menurunkan tandatangan mereka dalam keadaan terpaksa ( keengganan mereka dipertunjukkan dalam filem di mana salah seorang sultan lakonan dato' jalaluddin hassan menitiskan air mata semasa menandatangani perjanjian tersebut dan sultan johor pada ketika itu kelihatan seolah refuse hendak menurunkan tandatangan dengan menyatakan cop mohor tidak ada bersamanya)insan yang bertanggung jawab dalam gerakan mencapai kemerdekaa adalah dato' onn di mana beliau merupakan menteri besar johor dan merupakan pengasas kepada yang dipertuan pertama umno dan merupakan peneraju utama menentang dan mengagalkan gagasan malayan union.usaha dato' onn seawal 1946 mengumpulkan orang2 melayu untuk menetang cadangan malayan union. namun di sini secara ringkaskan filem hati malaya memperlihatkan dengan jelas dan teratur kronologi bagaimana negara kita memperolehi kemerdekaan. syarat pihak british pada ketika itu adalah mereka mahukan agar penduduk di tanah melayu saling bersatu untuk membentuk satu parti perikatan yang terdiri dari pelbagai kaum
.kesukaran demi kesukaran dihadapi, apatah lagi dengan keadaan di tanah melayu yang dihuni oleh pelbagai kaum pada ketika itu terlebih dahulu menyukarkan usaha hendak menggabungkan mereka demi untuk membentuk satu parti. british mengandaikan bahawa semua ini tidak akan dapat dicapai namun andaian mereka ternyata jauh tersasar kerana akhirnya parti perikatan yang terdiri daripada umno, mca dan mic akhirnya berjaya dibentuk. maka usaha untuk mencapai kemerdekaan sudah semakin menjadi nyata.
namun pada masa itu, terdapat satu kekangan yang bakal membawa kepada kegagalan kita untuk mencapai kemerdekaan. tunku sudah mengetahui akan hal ini dan di dalam filem tersebut tunku sememangnya kelihatan agak sukar untuk meluahkan apa yang menggusarkan hatinya. dan seingat aku kata-katanya adalah sepeti berikut:

'kita hendak ke england tapi kita tak cukup dui nak pi sana. mana nak belanja kita semua lagi. jadi.....'

belum sempat tunku menghabiskan kata-katanya tika itu maya karin yang memegang watak sebagai normala terus mencelah:

'tak apa tunku, tunku ambil ini'

pada ketika itu maya karin sudah mula menanggalkan gelang emasnya dan diikuti oleh beberapa wanita lain. malah semasa tunku mengumumkan yang tunku mungkin tidak akan berangkat ke london, semua penduduk kampung yang hadir pada ketika itu terus tanpa berfikir panjang memberikan segala apa yang ada pada diri mereka termasuk emas dan wang sebagai wang perbelanjaan kepada rombongan tunku utnuk berangkat ke england dengan satu tujuan...iaitu mencapai kemerdekaan.



'tunku, semua ini memang tak seberapa, tapi kami semua ikhlas.....'



dan tika itu tunku sudah terduduk dan menangis sebak.......scene pada ketika inilah yang teramat menyentuh perasaan, dan setahu aku scene ini memang bukan dibuat semasa di dalam filem namun ia adalah senario yang benar-benar berlaku (rujuk kepada memoir tunku abdul rahman ada diceritakan di dalamnya). pada ketika itu aku terfikir, apa akan terjadi sekiranya tunku betul-betul tidak dapat pergi ke england? adakah kita akan mencapai kemerdekaan sebagaimana yang telah kita kecapi selama 53 tahun ini?
rundingan kemerdekaan diteruskan dan british bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada tanah melayu dan tarikh kemerdekaan ditetapkan pada 31 0gos 1957 setelah mendapat persetujuan ulama. pada tarikh 31 ogos 1957, bendera union jack diturunkan dan pada malam itulah buat pertama kalinya bendera persekutuan tanah melayu dinaikkan dan lagu kebangsaan pada ketika itu dinamakan sebagai lagu 'terang bulan' yang mana akhirnya dinamakan sebagai negaraku dinyanyikan

~filem hati melaya 1957 pertama kali ditayang pada 25 okt 2007 dan ia baru sahaja diulangtayang pada 30 ogos 2009 jam 10 mlm di tv2.

~dan aku telah menontonnya sebanyak 3 kali. cerita ini sememangnya agak serius namun ia seharusnya ditonton dan dihayati kerana banyak yang kita tidak tahu tentang sejarah negara kita.

~kursus biro tatanegara sememangnya menjadi perkara yang remeh bagi sesiapa yang tidak mengetahuinya, namun bagi sesiapa yang telah menghadirinya akan tahu bahawa sebenarnya banyak perkara berkaitan dengan hak kita sebagai peribumi khususnya yang harus dijaga dan dipelihara.





"bersatu lah kita bangsa melayu sebagaimana kita tidak pernah bersatu sebelum ini"......-dato' onn ja'afar-