Sunday, May 23, 2010

~IKHLAS & KESERONOKAN HAKIKI~

Perlukah seseorang pengajar itu memarahi atau menyindir seseorang pelajar yang datang lewat ke kelas atau kuliahnya? Apa yang menyebabkan seseorang pelajar itu lewat datang ke kelas?( tolak ke tepi alasan yang kiranya mudah untuk dimansuhkan seperti traffic jam atau lewat bangun.) bagaimana seorang pengajar, cikgu atau pensyarah boleh datang tepat pada masanya ke kelas sedangkan pelajar ( segelintir) tidak boleh berbuat demikian? Namun untuk nota ini bukanlah aku hendak menyalahkan student sebab kadang2 ada jugak pensyarah yang sengaja datang lambat.....

Dalam hal ini, bukan menjadi masalah kalau seseorang itu datang lambat untuk pergi ke kuliah. Jangan lah pulak lepas baca nota yang aku tuliskan di sini student aku (terutamanya) datang lambat sejam ke kelas aku...yang nih memang sah2 aku akan tutup pintu kuliah! Biar tak boleh masuk terus.....

Lambat, malas dan tidak bertenaga untuk datang kelas.......ini merupakan rungutan2 yang biasa didengar oleh kami di kalangan pensyarah. Sememangnya tidak ada ubat yang khusus untuk overcome masalah lambat, malas mahupun tidak bertenaga.

ILMU TIDAK AKAN DATANG PADA DIRI ANDA SEANDAINYA ANDA TIDAK MENYELITKAN KEIKHLASAN DI DALAM LANGKAH PERTAMA ANDA MENINGGALKAN RUMAH UNTUK MENUJU KE KELAS. KERANA DENGAN NIAT YANG IKHLAS MERUPAKAN TITIK PERMULAAN UNTUK ANDA MERAIH ILMU YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH PENSYARAH ANDA.

Memang sukar untuk bangun pagi dan menuju ke kelas apatah lagi dalam keadaan mengantuk dan letih gara-gara pada malam sebelum ada assigment yang harus dibentangkan, atau membuat revision bagi ujian mahupun kuiz. Apabila berhadapan dengan keadaan seperti ini dan kebetulan pula ada kelas pukul 8 pg pasti akan terbit niat untuk tidak mahu datang ke kelas ( paling tidak pun akan ada yang menyuruh kawan untuk tolong tandatangan!- jangan buat macam ni!!). namun percayalah, walaupun mata berat dan badan serasa malas hendak menapak ke kelas namun dengan adanya niat yang ikhlas....InsyaAllah, Allah akan permudahkan kita untuk memperolehi ilmu yang akan disampaikan pada hari tersebut.

Selalu aku menyatakan kepada para pelajar aku, bahawa mereka (kalau tidak ada masalah yang dianggap serius) boleh datang lewat ke kuliah namun jangan sesekali ponteng kuliah. Kerana selalunya apa yang disampaikan oleh pensyarah walaupun ringkas namun ia amat berguna untuk dijadikan sebagai panduan kepada pelajar.

Dan janganlah mudah berasa patah semangat seandainya anda mengalami kesukaran untuk memahami apa-apa sahaja yang disampaikan oleh pensyarah. Even aku sendiri dulupun mengalami masalah sebegini. Sistem pendidikan tinggi di malaysia menggunakan sistem semester (berbanding dengan sistem penggal di sekolah-sekolah) dan salah satu kebaikan sistem semester adalah pelajar akan belajar satu perkara dan soalan yang ditanya dalam peperiksaan hanyalah berkisar dengan apa yang dipelajari untuk semester semasa sahaja.

Bertanyalah seandainya tidak faham dan teruskan bertanya sehinggalah ilmu itu sah menjadi milik anda. Dan apabila anda telah faham dengan baik jangan lupa pula untuk berkongsi ilmu anda dengan rakan-rakan anda yang kurang faham. insyaAllah...dengan izin Allah S.W.T anda akan mendapat berkat di atas ilmu yang diperolehi dan di sampaikan tadi.

Mungkin hasilnya tidak akan kita kecapi untuk jangkamasa sekarang, namun siapa tahu....pada masa-masa yang akan datang, di sebabkan niat kita yang ikhlas untuk mencari ilmu tadi, menerima ilmu dan berkongsi ilmu Allah akan memberikan pulangan yang berlipat kali ganda.

Mungkin kita akan dipermudahkan untuk menghabiskan sesi pengajian dengan jayanya, mungkin kita akan senang untuk mendapat pekerjaan atau mungkin aturan hidup kita akan berjalan dengan lancar hasil daripada niat ikhlas kita dahulu DAN INILAH KESERONOKAN HAKIKI YANG JARANG-JARANG KITA HENDAK FIKIRKAN DI DALAM MENUNTUT ILMU......InsyaAllah.......



~PERCAYA ITU KUASA, SESIAPA YANG PERCAYA KEPADA KEMAMPUAN DIRI SENDIRI MAKA DIA BERKUASA.......~

No comments:

Post a Comment